! sedih
bAcalah !
Ita...
Nama
panggilannya sejak dari kecil. Ita sangat minat melukis. Ibu dan ayahnya juga
suka melihat lukisan Ita. Suatu hari, Ita terjumpa sebatang paku karat ketika bermain
buaian. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi tidak kelihatan
kerana diperbuat daripada marmar. Ita tida puas hati. Dicubanya pula pada
kereta baru ayahnya. Ya.... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi, kanak-kanak ini pun melakarlah dengan gembira dan melahirkan
kreativitinya. Hari itu, ibu dan ayahnya bermotosikal ke tempat kerja kerana
laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke
sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri,
lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tidak disedari pembantu rumahnya, Narti. Petang itu, terkejut besar
ibu dan ayah Ita melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran
yang belum habis dibayar, berbatik-batik. Si ayah yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, "siapa punya kerja ni?". Narti yang tersentak dengan
jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam
ketakutan melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras
kepadanya, Narti menjawab perlahan "tak tahu... !Saya tak tahu Tuan".
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si
isteri pula. Ita yang sedang tidur dibiliknya terjaga mendengar suara kuat ibu
dan ayahnya. Ita begitu gembira dan tidak sabar menunjukkan lukisan terbaru
kepada ibu dan ayahnya. Dia berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia
berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan?". Ucapnya manja sambil terus
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Dengan kasih murni seorang anak
yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si
ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya, terus dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa melaung
kesakitan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan
hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa,
sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia juga sangat takut . Si bapa cukup
rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas
merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Narti segera memeluk Ita
dengan penuh kasih sayang, cepat-cepat menggendong anak kecil itu dan
membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil
calar balar. Menangis teresak-esak kedua-duanya di dalam bilik. Narti
memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil
itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik kesan sebatan terkena air.
Narti kemudiannya menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak
itu tidur bersama Narti. Rasa marahnya masih belum hilang. Keesokan harinya,
kedua-dua belah tangan Ita bengkak. Narti berasa bimbang dan mengadu kepada
ayah Ita."Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya . Ibu dan ayah Ita
bergegas ke pejabat tanpa menjenguk Ita di kamar. Pulang dari kerja, dia tidak
melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik Narti. Si ayah kononnya
mahu mengajar Ita. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya
sementara si ibu juga begitu. Tanpa pengetahuan Ita, setiap hari ibu dan
ayahnya akan bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita
demam..." Jawab Narti ringkas.
"Bagi
minum panadol dulu" balas si ibu. Hati ibu Ita mula merindui gelak ketawa
anaknya. Sebelum masuk bilik tidur pada malam itu, dia menjenguk bilik
pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup semula pintu. Dia menangis di luar bilik. Selalunya Ita akan mengadu
dan tidur bersamanya apabila tidak sihat. Masuk hari keempat, pembantu rumah
memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke
klinik. Pukul 5.00 kita pergi" kata majikannya itu. Sampai waktunya, Ita
sudah tidak bermaya. Ayahnya mulai risau dan terus membawa Ita ke klinik.
Doktor mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk ke hospital kerana keadaan Ita
sudah serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." kata doktor yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan sudah menjadi gangren
sudah terlalu teruk.
"Tangan anak tuan sudah bernanah teruk, demi keselamatan dan nyawa
anak tuan, tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doctor.
Ayah dan ibu
Ita bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya
tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat
hati dan lelehan air mata isterinya, si ayah terketar-ketar menandatangani
surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius
yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga,
melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.
Kemudian ke wajah pembantu rumahnya, Kak Narti. Dia mengerutkan dahi melihat
mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara
dalam linangan air mata...
"Ayah..
ibu... Ita tak buat lagi. Ita tak mahu ayah pukul. Ita tak mahu jahat lagi. Ita
sayang ayah.. sayang ibu". Katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.."
Katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari
Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu
tidak menangis.... "Ayah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita
janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi!" Katanya sambil menangis tersedu-sedan. "Ibu,
Ita nak melukis macam mana buuu....?" Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar
kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi,
tiada manusia dapat menahannya..Pengajaran daripada cerita: "Didiklah dan pukullah anak anda
dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda...."
Semoga semua
sahabat-sahabat dapat manfaat dari kisah ini. Jangan lupa juga luahkan perasaan
anda berkaitan kisah yang anda baca ini.
Nangis baca
cerita ni.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.