Assalamualaikum
wbt... peringatan buat diri ini..
✅Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan
ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru.
Begitu juga ibunya.
Dalam
mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya
tersenyum di sisi.
Anak:
"Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama."
(menangis)
Ayah:
"La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau.
Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah
yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."
Anak:
"Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"
Ayah:
"Silakan."
Anak:
"Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu
seram dan menakutkan?"
Ayah:
"Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat
yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di
sini."
Anak:
"Itu je?"
Ayah:
"Juga kerana jasa mama mu."
Anak:
"Wah..nak tahu.."
Ayah:
"Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak
sebelum dan selama ni."
Anak:
"Apa dia?"
Ayah:
"Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi
suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak
kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama
tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran
terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna
sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu
yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak
pernah dimintanya."
Anak:
"Alhamdulillah. Kedua?"
Ayah:
"Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat
aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan
wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut.
Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada
mama."
Anak:
"Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia
jasanya pada ayah..Allah..Allah.."
Ayah:
"Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung,
bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina
Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik.
Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini
menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar
setiap masa."
Ayah dan
ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.
Seketika, si
anak tersedar dari mimpi.
Linangan air
mata hangat mengalir di pipi.
Rindu tetap
bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.
Nasihat ayah
bonda kekal di hati.
Nak
"FORWARD"?
Teruskan dan
jangan tangguh..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.