Mencari Sesuap Nasi

Beginilah kisah seorang ANAK





Mencari Sesuap nasi untuk perut sendiri,
Aku seorang perkerja kontrak di sebuah pejabat kerajaan di sebuah Daerah dalam Malaysia telah berhijrah ke satu Daerah yang jauh dari pedalaman negeri-ku untuk berdikari dengan mencari rezeki untuk diri sendiri, berhijrahnya aku bukan kerana tiada perkerjaan tetapi aku ingin cuba nasib untuk mengenali dunia dengan membawa diri jauh di perantauan oleh kerana ingin merasa kehidupan luar sana yang penuh dengan cabaran hidup.

Bermulanya kisah aku seorang diri di salah sebuah Daerah dalam Negeri Selangor hanya dengan membawa beberapa keping sijil kelulusan untuk mencari perkerjaan demi perutku sendiri. Hari pertama aku berada di sini ‘Bangi’ (Bukan Daerah sebenar), telah sampai di satu tempat dimana aku hanya membawa sijil dan dengan pakaian yang aku pakai sahaja. Dengan itu aku masih mempunyai telefon bimbit yangtidak sangat mahalnya serta kredit yang cukup untuk aku hubungi beberapa orang sahaja…

Dengan itu aku hanya mempunyai beberaa kenalan sahaja yang aku kenal rapat untuk aku menumpang teduh sebelum aku mendapat rumah serta kerja baru. Aku cuba menalefon kawan pertama tetapi setelah bercakap dia tidak dapat menolongku kerana dia tinggal bersama keluarganya, dengan itu aku mencuba untuk kawan kedua, setelah selesai jawapan aku cari itu sekan sama Cuma dia tinggal bersama kenalan yang agak ramai aku fikirkan akan menyusahkanya walaupon dia tidak kisah. Tetapi kawan kedua ini cuba menolongku untuk datang menjemputku.. sambil itu aku mencuba nasib untuk kawan seterusnya yang ketiga yang ini aku pernah menolongnya sewaktu berada di pusat pengajian dulu.

Alhamdulillah kawan ku yang ketiga ini dapat menolongku untuk menumpang di rumahnya oleh sebab dia tinggal seorang diri walaupun dalam kawasan rumah datuknya di Semenyih, Dengan itu aku membuat keputusan untuk tinggal bersama kawan yang ketiga ini. Alhamdulillah rezeki Allah telah tetapkan untuk hambanya. Aku telah di pelawa oleh kawanku ini untuk menolongnya berkerja sebagai seorang Staf di Telekom Malaysia™ sebagai pemasangan Unifi di sekitar Daerah Kajang. Dia membayarku sebanyak RM40 1 buah rumah. 1 hari kami dapat selesaikan 2 buah rumah sekiranya cuaci dalam keadaan baik. Tetapi perkerjaan ini tidak dapat aku teruskan kerana kawanku itu tidak dapat membawaku selalu semasa berkerja disebabkan dia sudah ada partner tetap untuk berkerja. Rezekiku hanya 1 bulan sahaja aku dapat teruskan.

Sambil-sambil itu aku cuba mencari perkerjaan lain kerana aku tidak mahu menyusahkan-nya, lagi pun aku memerlukan wang untuk membayar pinjaman bank semasa aku berkerja di Daerahku dulu. Hari demi hariaku keluar pagi malam baru aku balik demi mencari perkerjaan di sekitar kawasan berdekatan, sehingga satu minggu aku mencari tetapi gagal kerana semua jawatan di daerah itu sudah penuh.. aku cuba meninggalkan dokumen2 untuk mereka supaya jika  ada kekosongan mereka dapat menolongku nanti. Hari ini sudah 2 minggu aku mencari, segala makan minum tempat tinggal semuanya kawanku yang tanggung sampai satu tempat sedikit jauh dari kawasanku, aku berjumpa dengan seorang kenalan yang agak berumur dalam 40 an ke atas, aku bersembang dengan-nya sampai satu bab aku terpaksa bercerita tentang masalahku ini, dia hanya mendengar sahaja tiada reaksi yang dia akan menolongku, selepas selesai jalan cerita aku luahkan, dia pon mula bersuara. Esok, datang ke opis saya pada pukul 10.00 pagi jangan lewat jangan terlalu awal. Aku terkedu dengan memikirkan adakan ini peluang untuk aku dapat kerja?? Bermacam2 aku fikirkan di benak fikiranku… aku hanya berdoa kepada yang maha esa, adakah ini petunjuk-mu? Aku pulang dengan bermacam2 persoalan…

Keesokan harinya di satu pekan kecil yang terletak di sebuah Daerah Selangor , dengan pakaian  formal opis menunggu di koridor depan pejabat abg yang aku jumpa semalam dengan bersungguh-sungguh semangat yang ada demi menunjukan yang aku amat memerlukan perkerjaan, beberapa minit kemuan aku disapa oleh seorang dari belakang, Alhamdulillah rupanya abang semalam sudah sampai dan beliau mengajak aku untuk masuk ke pejabatnya, dalam pejabat aku disuruh duduk berdepan dengannya sambil dia membuka segala suis yang ada serta komputernya lalu dia bersuara. Apa yang kamu ada maksudnya apa pengalaman yang aku ada sebelum ni? Lalu aku menjawabnya dengan jelas dengan apa yang telah aku lalui selepas tamat sebagai seorang pelajar IPTA.

Dan dia dengan selumber menberi tahu yang dia tidak pernah ambik perkerja di pejabatnya sebuah pejabat yang dinamakan Eight Computer Training Centre kerana dia mampu untuk lakukan semua benda yang ada di pejabatnya, sebelum ni dia hanya menerima pelajar praktikal sahaja itupun beberapa  tahun dahulu. Datangnya aku di pejabatnya telah mengubah segala benda dan aspek pejabatnya dari sebuah pejabat yang hanya mendengar bunyi air-cond dan mesin printer sekarang telah bertukar satu suasana yang amat menceriakan. Dia telah banyak mengajarku  segala yang ada di pejabatnya dengan kerja2 menaip sehingga kerja2 edit mengedit. Kami sentiasa bersama kemana sahaja kerana aku saja perkerja yang dia ada, makan kami bersama, pergi beli barang kami bersama hari demi hari sudah 1 bulan aku berkerja dengan gaji yang aku terima hanya sebanyak RM600 sebulan.

Selepas itu aku telah berjumpa dengan seorang kawan dari laman social, rupa-rupanya kawanku itu berasal dari sama daerah dan negeri aku… sebelum ini aku hanya berhubung melalui laman social sahaja, pada satu masa dia membuat keputusan untuk berjumpa demi mengeratkan lagi silaturahim, pada satu malam setelah waktu kerja aku telah berjumpanya di satu kawasan yang aku sendiri tidak tahu dan tempat itu telah menjadi kampungku sekarang.(Bersambung)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.