KISAH KEAJAIBAN : Seorang ISTERI dan PENGEMIS



Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.
Tetapi sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu ?".

Rupanya suaminya memiliki karakter berbeza dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup semula pintunya!" Si isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia berlalu dengan kecewa.

Pada suatu hari yang malang, perniagaan lelaki itu jatuh bangkrup. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, kerana ke tidak sepadanan sifat dengan isterinya, rumah tangganya menjadi berontakan sehingga terjadilah perceraian.

Tidak lama sesudahnya bekas isteri yang muflis itu berkahwin lagi dengan seorang peniaga dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tetamu yang  tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?". Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".

Wanita itu menggeleng kepala, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama dulu."

Mendengar keterangan isterinya demikian, suaminya sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?.................. Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Roda hidup selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda.. adakala diatas, adakala di bawah.

Renungan :
"Jangan Bersikap Sombong ketika berada diATAS, perluaskan perbuatan baik dimana - mana maka anda akan menerima balasannya"

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN



APABILA TIBA BULAN RAMADHAN, SEMUA ROH BERKUMPUL DI LUH MAHFUZ MEMOHON KEPADA ALLAH S.W.T UNTUK KEMBALI KE BUMI.

ADA ROH YANG DIBENARKAN PULANG KE BUMI DAN ADA YANG TIDAK DIBENARKAN.

ROH YANG DIBENARKAN PULANG ADALAH KERANA AMALAN BAIK MEREKA SEMASA HAYAT MEREKA ATAUPUN ADA PENJAMIN-PENJAMIN YANG MENDOAKAN MEREKA.

MANAKALA ROH-ROH YANG TIDAK DIBENARKAN PULANG DISEBABKAN KESALAHAN MEREKA SEMASA HAYAT MEREKA AKAN TERUS DI PENJARA DI LUH MAHFUZ.

APABILA ROH DIBENARKAN PULANG, PERKARA PERTAMA YANG MEREKA LAKUKAN ADALAH PERGI KE TANAH PERKUBURAN UNTUK MELIHAT JASAD MEREKA.

KEMUDIAN MEREKA AKAN PERGI KE RUMAH ANAK2 MEREKA, ORANG YANG MENDAPAT HARTA PUSAKA MEREKA DAN KE RUMAH ORANG YANG MENDOAKAN MEREKA DENGAN HARAPAN ORANG YANG MEREKA LAWATI ITU MEMBERI HADIAH UNTUK BEKALAN MEREKA.

PERKARA INI AKAN BERLARUTAN SEHINGGALA TIBANYA HARI RAYA AIDILFITRI.

PADA SAAT INI MEREKA AKAN MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA JASAD DAN PULANG SEMULA KE LUH MAHFUZ DENGAN BEKALAN YANG DIBERIKAN OLEH MEREKA2 YANG MASIH HIDUP.

DI SINI DIBERITAHU HIKMAH ADANYA ALAM KUBUR.

ALAM KUBUR MEMBUKTIKAN BAHAWA ALLAH ITU MAHA PENYAYANG.

ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN SEMASA HAYATNYA BOLEH DIBANTU DENGAN DOA ORANG2 YANG MASIH HIDUP.

ALANGKAH BAHAGIANYA JIKA SESEORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA MASIH MENDAPAT BEKALAN DARI ORANG-ORANG YANG MASIH HIDUP.

OLEH ITU WAHAI SAHABATKU, JANGAN BIARKAN ORANG-ORANG YANG KITA SAYANG, YANG MENGADAP ALLAH TERLEBIH DULU DARIPADA KITA SEPI TANPA DOA DAN SEDEKAH DARIPADA KITA.

SESUNGGUHNYA APABILA MATI SESEORANG ANAK ADAM ITU, TERPUTUS IA SEMUA HAL KECUALI 3 PERKARA IAITU DOA ANAK2 YANG SOLEH, ILMU YANG BERMANFAAT DAN SEDEKAH AMAL JARIAH.

SEBARKAN HAL INI KEPADA SEBERAPA RAMAI ORANG TERDEKAT ANDA, DAN MINTALAH MEREKA UNTUK MELAKUKAN HAL YANG SAMA.

YANG JELAS JIKA ANDA TIDAK MENERUSKAN HAL INI, MAKA ANDA TELAH MELEPASKAN KESEMPATAN UNTUK SALING MENASIHATI DALAM KEBENARAN DAN BERAMAL SOLEH.


JIKA ANDA MELAKUKAN DENGAN IKHLAS INSYA ALLAH ANDA AKAN MENDAPAT GANJARAN PAHALA KEBAIKAN..

MENCARI WARIS "MOHD FARDU"



OKU ini di kenali sebagai Mohd Fardu, selepas kemalangan dia berada di Hospital Ampang selama tiga hari sebelum kesnya di rujuk di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menurut JKM mereka sudah mencari maklumat Mohd Fardu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi tidak dapat di kesan atau tidak pernah berdaftar dengan jabatan itu.

Mohd Fardu kelihatan sempurna tetapi dia tidak boleh bercakap atau berbicara serta tidak boleh mennguruskan dirinya sendiri. Kini Mohd Fardu ditempatkan di Pusat Sehenti Bina Diri Sg Buloh. Dia tidak boleh bercakap atau memberi apa-apa maklumat seperti tempat tinggal keluarganya, sesekali hanya dapat mendengar dia menyebut BA atau MA.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Mohd Fardu, boleh menhubungi alamat dan talian tertera atau pun terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat.


Hikmah Atas Segalanya-Encik Mimpi, Nomad, Aepul Roza, Ronnie Hyper Act




Astaghfirullah
Allahumma yassir wala tu'assir

Baru kini ku tahu lemahnya diriku
Hanya mampu berharap keajaiban berlaku
Ku memohon pada-Mu oh Tuhan yang satu
Berikan kekuatan itu

Seluruh amarah dunia cuba ku pendamkan
Akan tersembunyi hikmah atas segalanya
Takkan lelah bukti kasih akan ku tunjukkan
Ku hamparkannya di dalam doa

Tuhan ku memohon mudahkan segala
Bantulah mereka lindungi mereka
Kerna ku tak sanggup melihat derita
Semua atas nama cinta

Tuhan ku memohon ampuni segala
Dosa-dosa hamba yang selalu terleka
Dan aku bersujud ku tahu Kau ada
Ku terima segalanya

Dan aku bersujud hanya kepada-Mu
Yang tahu segalanya

Astaghfirullah

Allahumma yassir wala tu'assir

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA

PERKHIDMATAN BANTUAN KEWANGAN KEBAJIKAN 


Pengenalan

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. 
Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidupberdikari.

Tujuan

Tujuan umum bantuan kewangan kebajikan adalah seperti berikut:

Penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas kehidupan;
Menggalakkan kumpulan sasar yang masih produktif supaya minat bekerja dan berdikari;
Meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Kelayakan Umum Untuk Memohon Bantuan Kebajikan

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah
Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambil kira lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidak upayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga

Catitan

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalahselaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Permohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.


Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.


BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN JKM [click here]

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN JKM [click here]

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN JKM [click here]

"Logika" dan "Takdir"



Ada dua orang bersahabat, yang satu bernama "Logika" dan yang satunya lagi bernama "Takdir". Keduanya naik kereta dalam sebuah perjalanan yang panjang…
Di tengah perjalan kereta mereka kehabisan minyak.
Keduanya berusaha melanjutkan perjalanan dengan berjalan kaki sebelum datang waktu malam.

Keduanya berusaha menemukan tempat
beristirehat, setelah itu baru melanjutkan lagi perjalanan. Si Logika memutuskan untuk tidur di bawah sebatang pohon. Sedangkan si Takdir memilih tidur di tengah jalan.

Logika berkata kepada Takdir: Kamu gila! Kamu menempah dirimu kepada maut. Boleh jadi ketika kamu tidur ada kereta yang lewat dan melanggar tubuhmu. Takdir menjawab: Saya tidak akan tidur kecuali di tengah jalan ini. Boleh jadi ada kereta yang datang lalu ia melihatku dan mengajakku bersamanya.

Akhirnya Logika betul-betul tidur di bawah pohon dan Takdir tidur di tengah jalan.
Tidak beberapa lama setelah keduanya tertidur datang sebuah kereta besar dalam kelajuan tinggi. Tatkala ia melihat seseorang tidur di tengah jalan, ia berusaha berhenti dengan mendadak, tapi sayang ia tidak boleh.

Akhirnya ia membanting stereng dan kereta itu membelok ke arah pohon dan langsung melanggar Logika, dan selamatlah si Takdir. Inilah kenyataan hidup, Takdir memainkan peranannya di tengah-tengah manusia. Kadang-kadang sekalipun ia bertentangan dengan Logika.

Maka boleh jadi terjadinya delay dalam penerbangan ada keselamatan di balik itu.

Boleh jadi tertunda kita mendapatkan hak kita kerana ada hak orang lain yang selama ini kita abaikan dan kita tidak perdulikan.

Boleh jadi kita terlambat menikahi ada keberkahan di balik itu.

Boleh jadi kita belum dikurniai anak ada kebaikan di balik itu.

Boleh jadi ditolaknya lamaran kerja kita ada hikmah besar di balik itu.

Tertundanya pertolongan dan kemenangan pasti ada manfaat yang sangat besar di belakang itu.
"Boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia baik bagimu."

Oleh karena itu, yakin selalu.....dan tetap semangat dalam menjalani hidup ini




Berkacalah pada diri sendiri, jangan membandingkan kelebihan kita dengan kekurangan orang lain karena akan menyebabkan kesombongan. Tetapi cuba bandingkanlah kelebihan orang dengan kekurangan kita supaya memacu motivasi dan menimbulkan sikap introspeksi diri.

Hidup Untuk Memberi



Disuatu petang, pada saat aku pulang dari pejabat dengan membonceng motor, aku didatangi suatu drama kecil yang sangat menarik, seorang anak kecil berumur lebih kurang sepuluh tahun dengan sangat segaknya menyelip dicelah-celah kepadatan kenderaan disebuah lampu merah perempatan jalan di Kuala Lumpur. Dengan membawa bungkusan yang cukup banyak diayunkannya kenderaan berwarna biru muda, sambil membagikan bungkusan tersebut ,ia menyapa akrab setiap orang, dari Tukang akbar, Penyapu jalan, Kehilangan tempat tinggal sampai anggota Polis.

Pemandangan ini membuatku tertarik, fikiran ku langsung melayang membayangkan apa yang diberikan si anak kecil tersebut dengan bungkusannya, apakah dia berjualan ? “kalau dia berjualan apa mungkin seorang tuna wisma menjadi langganan tetapnya atau…??, untuk membunuh rasa ingin tahu ku, aku pun mengekori si anak kecil tersebut sampai diseberang jalan , setelah itu aku langsung menyapa anak tersebut untuk aku ajak berbincang. De, “boleh abang bertanya” ? silahkan bang, kalau boleh tahu yang baru adik bagikan ke penjual akbar, tukang sapu, peminta-minta bahkan anggota polis, itu apa ?, oh… itu bungkusan nasi dan sedikit lauk bang, memang kenapa bang!, dengan sedikit heran , sambil ia balik bertanya. Oh.. tidak! , abang Cuma tertarik cara kamu membagikan bungkusan itu, kelihatan kamu sudah biasa dan cukup akrab dengan mereka. Apa kamu sudah lama kenal dengan mereka?

Lalu ,Adik kecil ini mulai bercerita, “Dulu ! aku dan ibuku sama seperti mereka hanya seorang yang tiada tempat ”,setiap hari bekerja hanya mengharapkan belas kasihan banyak orang, dan seperti abang tahu hidup di KL begitu sukar, sampai kami sering tidak makan, waktu siang hari kami kepanasan dan waktu malam hari kami kedinginan ditambah lagi pada musim hujan kami sering kehujanan, apabila kami mengingati waktu dulu, kami sangat-sangat sedih , namun setelah ibu ku membuka warung nasi, kehidupan keluarga kami mulai baik.

Maka dari itu ibu selalu mengingatkanku, bahawa masih banyak orang yang susah seperti kita dulu , jadi kalau saat ini kita diberi rezeki yang cukup , kenapa kita tidak dapat memberi kepada mereka.

Yang ibu ku selalu katakan “ hidup harus bererti buat orang ramai “, kerana pada saat kita kembali kepada Sang Pencipta tidak ada yang kita bawa, hanya satu yang kita bawa iaitu Kasih kepada sesama serta Amal dan Perbuatan baik kita , kalau hari ini kita boleh mengamalkan sesuatu yang baik buat semua orang , kenapa kita harus tunda.

Kerana menurut ibuku umur manusia terlalu singkat , hari ini kita memiliki segalanya, namun satu jam kemudian atau besok kita dipanggil Sang Pencipta,” Apa yang kita bawa”?. Kata-kata adik kecil ini sangat menusuk hati ku, saat itu juga aku merasa menjadi orang yang tidak berguna, bahkan aku merasa tidak lebih dari seperti sampah yang tidak ada gunanya,dibandingkan adik kecil ini.

Aku yang selama ini merasa menjadi orang hebat dengan pendidikan dan jabatan tinggi, namun untuk hal seperti ini, aku merasa lebih bodoh dari anak kecil ini, aku malu dan sangat malu. Ya Tuhan, Ampuni aku, ternyata kekayaan, kehebatan dan jabatan tidak menghantarku kepada Mu.
Terima kasih adik kecil, kamu adalah malaikat ku yang menyedarkan aku dari tidur nyenyak ku.


"Hidup akan bererti jika kita mahu membahagikan sesuatu untuk orang lain dan tidak hanya fokus untuk menyenangkan diri kita sendiri "

Kalau Marah Jangan Berpanjangan




Sebuah salah pengertian yang mengakibatkan kehancuran sebuah rumah tangga. Tatkala nilai akhir sebuah kehidupan sudah terbuka, tetapi segalanya sudah terlambat. Membawa nenek untuk tinggal bersama menghabiskan masa tuanya bersama kami, malah telah menghianati ikrar cinta yang telah kami buat selama ini, setelah 2 tahun menikahi, saya dan suami setuju menjemput nenek di kampung untuk tinggal bersama.

Sejak kecil suami saya telah kehilangan ayahnya, dia adalah satu-satunya harapan nenek, nenek pula yang membesarkannya dan menyekolahkan dia hingga tamat kuliah.
Saya terus mengangguk tanda setuju, kami segera menyiapkan sebuah kamar yg menghadap taman untuk nenek, agar dia dapat berjemur, menanam bunga dan sebagainya. Suami berdiri didepan kamar yg sangat kaya dengan sinar matahari, tidak sepatah katapun yang terucap tiba-tiba saja dia mengangkat saya dan memutar-mutar saya seperti adegan dalam film India dan berkata : “Mari,kita jemput nenek di kampung”.

Suami berbadan tinggi besar, aku suka sekali menyandarkan kepalaku ke dadanya yang bidang, ada suatu perasaan nyaman dan aman disana. Aku seperti sebuah boneka kecil yang biasa saja diangkat dan dimasukan kedalam poketnya. Kalau terjadi selisih faham diantara kami, dia suka tiba-tiba mengangkatku tinggi-tinggi diatas kepalanya dan diputar-putar sampai aku berteriak ketakutan baru diturunkan. Aku sungguh menikmati saat-saat seperti itu.

Kebiasaan nenek di kampung tidak berubah. Aku suka sekali menghias rumah dengan bunga segar, sampai akhirnya nenek tidak tahan lagi dan berkata kepada suami : “Isteri kamu hidup foya-foya, buat apa beli bunga? Kan bunga tidak boleh dimakan?” Aku menjelaskannya kepada nenek : “Ibu, rumah dengan bunga segar membuat rumah terasa lebih nyaman dan suasana hati lebih gembira. “Nenek berlalu sambil Berkata-kata, suamiku berkata sambil tertawa : “Ibu, ini kebiasaan orang kota, lambat laun ibu akan terbiasa juga.”

Nenek tidak protes lagi, tetapi setiap kali melihatku pulang sambil membawa bunga, dia tidak bisa menahan diri untuk bertanya berapa harga bunga itu, setiap mendengar jawapanku dia selalu mencibir sambil menggeleng-gelengkan kepala. Setiap membawa pulang barang belanjaan, dia selalu tanya itu berapa harganya, ini berapa. Setiap aku jawab, dia selalu berdecak dengan suara keras. Suamiku memicit hidungku sambil berkata : “Puteriku, kan kamu boleh Jangan katakan harga yang sebenarnya.” Lambat laun, keharmonian dalam rumah tanggaku mulai terusik.

Nenek tidak boleh menerima melihat suamiku bangun pagi menyiapkan sarapan pagi untuk dia sendiri, di mata nenek seorang anak laki-laki masuk ke dapur adalah hal yang sangat memalukan. Di meja makan, wajah nenek selalu cemberut dan aku sengaja seperti tidak mengetahuinya. Nenek selalu membuat bunyi-bunyian dengan alat makan seperti sumpit dan sendok, itulah cara dia protes.

Aku adalah instrukstur tari, seharian terus menari membuat badanku sangat letih, aku tidak ingin membuang waktu istirehatku dengan bangun pagi apa lagi disaat musim dingin. Nenek kadang juga suka membantuku di dapur, tetapi makin dibantu aku menjadi semakin susah, misalnya ; dia suka menyimpan semua beg plastik bekas belanjaan, dikumpulkan boleh untuk dijual katanya. Jadilah rumahku seperti tempat simpanan plastik, dimana-mana terlihat plastik besar tempat semua kumpulan kantong plastik.

Kebiasaan nenek mencuci piring bekas makan tidak menggunakan cairan pencuci, agar supaya dia tidak tersinggung, aku selalu mencucinya sekali lagi pada saat dia sudah tidur. Suatu hari, nenek mendapati aku sedang mencuci piring malam harinya, dia segera masukke kamar sambil membanting pintu dan menangis. Suamiku jadi serba salah, malam itu kami tidur seperti orang bisu, aku cuba bermanja-manja dengan dia, tetapi dia tidak perduli. Aku menjadi kecewa dan marah. “Apa salahku?” Dia melutut sambil berkata : “Kenapa tidak kamu biarkan saja? Apakah memakan dengan piring itu boleh buatmu mati?”

Aku dan nenek tidak bertegur sapa untuk waktu yang culup lama, suasana mejadi kaku. Suamiku menjadi sangat kekok, tidak tahu harus berpihak pada siapa? Nenek tidak lagi membiarkan suamiku masuk ke dapur, setiap pagi dia selalu bangun lebih pagi dan menyiapkan sarapan untuknya, suatu kebahagiaan terpancar di wajahnya jika melihat suamiku makan dengan lahap, dengan sinar mata yang seakan mencemuhku sewaktu melihat padaku, seakan berkata dimana tanggung jawabmu sebagai seorang isteri?

Demi menjaga suasana pagi hari tidak terganggu, aku selalu membeli makanan diluar pada saat berangkat kerja. Saat tidur, suami berkata : “Lu di, apakah kamu merasa masakan ibu tidak enak dan tidak bersih sehingga kamu tidak pernah makan di rumah?” sambil memunggungiku dia berkata tanpa menghiraukan air mata yang mengalir di kedua belah pipiku. Dan dia akhirnya berkata : “Anggaplah ini sebuah permintaanku, makanlah bersama kami setiap pagi. “Aku mengiyakannya dan kembali ke meja makan yang serba canggung itu.

Pagi itu nenek memasak bubur, kami sedang makan dan tiba-tiba ada suatu perasaan yg sangat mual menimpaku, seakan-akan isi perut mau keluar semua. Aku menahannya sambil berlari ke bilik mandi, sampai disana aku segera mengeluarkan semua isi perut. Setelah agak reda, aku melihat suamiku berdiri didepan pintu bilik mandi dan memandangku dengan sinar mata yang tajam, diluar sana terdengar suara tangisan nenek dan berkata-kata dengan bahasa daerahnya. Aku terdiam dan terbengong tanpa boleh berkata-kata. Sungguh bukan sengaja aku berbuat demikian!

Pertama kali dalam perkawinanku, aku bertengkar hebat dengan suamiku, nenek melihat kami dengan mata merah dan berjalan menjauh……suamiku segera mengejarnya keluar rumah.

Selama 3 hari suamiku tidak pulang ke rumah dan tidak juga menelefonku. Aku sangat kecewa, semenjak kedatangan nenek di rumah ini, aku sudah banyak mengalah, mahu bagaimana lagi? Entah kenapa aku selalu merasa mual dan kehilangan nafsu makan ditambah lagi dengan keadaan rumahku yang kacau, sungguh sangat menyebalkan. Akhirnya teman sekerjaku berkata : “Lu Di, sebaiknya kamu periksa ke dokter. “Hasil pemeriksaan menyatakan aku sedang hamil. Aku baru sadar mengapa aku mual-mual pagi itu. Sebuah berita gembira yang terselip juga kesedihan. Mengapa suami dan nenek sebagai orang yang berpengalaman tidak berpikir sampai sejauh itu?

Di pintu masuk rumah sakit aku melihat suamiku, 3 hari tidak bertemu dia berubah drastis, muka kusut kurang tidur, aku ingin segera berlalu tetapi rasa hiba membuatku tertegun dan memanggilnya. Dia melihat ke arahku tetapi seakan akan tidak mengenaliku lagi, pandangan matanya penuh dengan kebencian dan itu melukaiku. Aku berkata pada diriku sendiri, jangan lagi melihatnya dan segera memanggil taksi. Padahal aku ingin memberitahunya bahwa kami akan segera memiliki seorang anak. Dan berharap aku akan diangkatnya tinggi-tinggi dan diputar-putar sampai aku minta ampun tetapi…..mimpiku tidak menjadi kenyataan. Didalam taksi air mataku mengalir dengan deras. Mengapa kesalah fahaman ini berakibat sangat buruk?

Sampai di rumah aku berbaring di ranjang memikirkan peristiwa tadi, memikirkan sinar matanya yang penuh dengan kebencian, aku menangis dengan sedihnya. Tengah malam, aku mendengar suara orang membuka laci, aku menyalakan lampu dan melihat dia dengan wajah berlinang air mata sedang mengambil wang dan buku tabungannya. Aku nenatapnya dengan dingin tanpa berkata-kata. Dia seperti tidak melihatku saja dan segera berlalu. Sepertinya dia sudah memutuskan utk meninggalkan aku. Sungguh lelaki yang sangat picik, dalam saat begini dia masih bisa membezakan antara cinta dengan wang. Aku tersenyum sambil menitikan air mata.

Aku tidak masuk kerja keesokan harinya, aku ingin secepatnya menyelesaikan masalah ini, aku akan membicarakan semua masalah ini dan pergi mencarinya di pejabatnya. Di pejabatnya aku bertemu dengan keraninya yang melihatku dengan wajah bingung. “Ibunya bos baru saja mengalami kemalangan jalan raya dan sedang berada di hospital. Mulutku terbuka lebar. Aku segera menuju rumah sakit dan saat menemukannya, nenek sudah meninggal. Suamiku tidak pernah menatapku, wajahnya kaku. Aku memandang jasad nenek yg terbujur kaku. Sambil menangis aku menjerit dalam hati : “Tuhan, mengapa ini boleh terjadi?”

Sampai selesai upacara pengebumian, suamiku tidak pernah bertegur sapa denganku, jika memandangku selalu dengan pandangan penuh dengan kebencian. Peristiwa kecelakaan itu aku juga tahu dari orang lain, pagi itu nenek berjalan ke arah terminal, rupanya dia mau kembali ke kampung. Suamiku mengejar sambil berlari, nenek juga berlari makin cepat sampai tidak melihat sebuah bas yang datang ke arahnya dengan laju. Aku baru mengerti mengapa pandangan suamiku penuh dengan kebencian. Jika aku tidak muntah pagi itu,jika kami tidak bertengkar, jika…………dimatanya, akulah penyebab kematian nenek.

Suamiku pindah ke bilik nenek, setiap malam pulang kerja dengan badan penuh dengan bau asap rokok dan alkohol. Aku merasa bersalah tetapi juga merasa harga diriku terinjak-injak. Aku ingin menjelaskan bahwa semua ini bukan salahku dan juga memberitahunya bahwa kami akan segera mempunyai anak. Tetapi melihat sinar matanya, aku tidak pernah menjelaskan masalah ini. Aku rela dipukul atau dimaki-maki olehnya walaupun ini bukan salahku. Waktu berlalu dengan sangat lambat. Kami hidup serumah tetapi seperti tidak mengenal satu sama lain. Dia pulang makin larut malam. Suasana tegang didalam rumah.

Suatu hari, aku berjalan melewati sebuah kedai, melalui silauan lampu dan kisi-kisi jendela, aku melihat suamiku dengan seorang wanita didalam. Dia sedang mengusap rambut gadis dengan mesra. Aku terpegun dan mengerti apa yg telah terjadi. Aku masuk kedalam dan berdiri di depan mereka sambil menatap tajam kearahnya. Aku tidak menangis juga tidak berkata apapun karena aku juga tidak tahu harus berkata apa. Sang gadis melihatku dan ke arah suamiku dan segera hendak berlalu. Tetapi dicegah oleh suamiku dan menatap kembali ke arahku dengan sinar mata yg tidak kalah tajam dariku. Suara detak jangtungku terasa sangat keras, setiap detak suara seperti suara menuju kematian. Akhirnya aku mengalah dan berlalu dari hadapan mereka, jika tidak…mungkin aku akan jatuh bersama bayiku dihadapan mereka.

Malam itu dia tidak pulang ke rumah. Seakan menjelaskan padaku apa yang telah terjadi. Setelah nenek meninggal, rajutan cinta kasih kami juga sepertinya telah berakhir. Dia tidak kembali lagi ke rumah, kadang sewaktu pulang ke rumah, aku mendapati Almari seperti dibongkar. Aku tahu dia kembali mengambil barang-barang keperluannya. Aku tidak ingin menelepon dia walaupun kadang terselit suatu keinginan untuk menjelaskan semua ini. Tetapi itu tidak terjadi………, semua berlalu begitu saja.

Aku mulai hidup seorang diri, pergi check kandungan seorang diri. Setiap kali melihat sepasang suami isteri sedang check kandungan bersama, hati ini terasa hancur. Teman-teman memberi nasihat agar aku membuang saja bayi ini, tetapi aku seperti orang yang sedang histeris mempertahankan miliknya. Hitung-hitung sebagai pembuktian kepada nenek bahwa aku tidak bersalah.

Suatu hari pulang kerja, aku melihat dia duduk didepan ruang tamu. Ruangan penuh dengan asap rokok dan ada selembar kertas diatas meja, tidak perlu tanya aku juga tahu surat apa itu. 2 bulan hidup sendiri, aku sudah bisa menkontrol emosi. Sambil membuka Kot dan topi aku berkata kepadanya : “Tunggu sebentar, aku akan segera menanda tanganinya”. Dia melihatku dengan pandangan awut-awutan demikian juga aku. Aku berkata pada diri sendiri, jangan menangis, jangan menangis. Mata ini terasa sakit sekali tetapi aku terus bertahan agar air mata ini tidak keluar. Selesai membuka kot, aku berjalan ke arahnya dan ternyata dia memperhatikan perutku yg agak membuncit. Sambil duduk di kursi, aku menanda tangani surat itu dan memberikan kepadanya. “Lu di, kamu hamil?” Semenjak nenek meninggal, itulah pertama kali dia berbicara kepadaku. Aku tidak bisa lagi membendung air mataku yang mengalir keluar dengan derasnya. Aku menjawab : “ya, tetapi tidak apa-apa. Kamu sudah boleh pergi”. Dia tidak pergi, dalam keremangan ruangan kami saling berpandangan. Perlahan-lahan dia membungkukan badanya ke tanganku, air matanya terasa menembus lengan bajuku. Tetapi di lubuk hatiku, semua sudah berlalu, banyak hal yg sudah pergi dan tidak bisa diambil kembali.

Entah sudah berapa kali aku mendengar dia mengucapkan kata : “Maafkan aku, maafkan aku”. Aku pernah berpikir untuk memaafkannya tetapi tidak bisa. Tatapan matanya di cafe itu tidak akan pernah aku lupakan. Cinta diantara kami telah ada sebuah luka yang terbuka. Semua ini adalah sebuah akibat kesengajaan darinya.

Berharap dinding es itu akan mencair, tetapi yang telah berlalu tidak akan pernah kembali. Hanya sewaktu memikirkan bayiku, aku bisa bertahan untuk terus hidup. Terhadapnya, hatiku dingin bagaikan es, tidak pernah menyentuh semua makanan pembelian dia, tidak menerima semua hadiah pemberiannya tidak juga berbicara lagi dengannya. Sejak menanda tangani surat itu, semua cintaku padanya sudah berlalu, harapanku telah lenyap tidak berbekas.

Kadang dia mencoba masuk ke bilik untuk tidur bersamaku, aku segera berlalu ke ruang tamu, dia terpaksa kembali ke bilik nenek. Malam hari, terdengar suara orang mengerang dari bilik nenek tetapi aku tidak perduli. Itu adalah permainan dia dari dulu. Jika aku tidak perduli padanya, dia akan berpura-pura sakit sampai aku menghampirinya dan bertanya apa yang sakit. Dia lalu akan memelukku sambil tertawa terbahak-bahak. Dia lupa…….., itu adalah dulu, saat cintaku masih membara, sekarang apa lagi yang aku miliki?

Begitu seterusnya, setiap malam aku mendengar suara orang mengerang sampai anakku lahir. Hampir setiap hari dia selalu membeli barang-barang kelengkapan bayi, kelengkapan anak-anak dan buku-buku bacaan untuk anak-anak. Sedikit demi sedikit sampai biliknya penuh sesak dengan barang-barang. Aku tahu dia mencuba menarik simpatiku tetapi aku tidak berganjak. Terpaksa dia mengurung diri dalam bilik, malam hari dari biliknya selalu terdengar bunyi keyboard komputer. Mungkin dia lagi tergila-gila chatting dan berpancaran di dunia maya pikirku. Bagiku itu bukan lagi suatu masalah.

Suatu malam di musim semi, perutku tiba-tiba terasa sangat sakit dan aku berteriak dengan suara yg keras. Dia segera berlari masuk ke bilik, sepertinya dia tidak pernah tidur. Saat inilah yg ditunggu-tunggu olehnya. Aku digendongnya dan berlari mencari teksi ke hospital. Sepanjang jalan, dia mengenggam dengan erat tanganku, menghapus keringat dingin yang mengalir di dahiku. Sampai di rumah sakit, aku segera digendongnya menuju ruang bersalin. Di punggungnya yang kurus kering, aku terbaring dengan hangat dalam dekapannya. Sepanjang hidupku, siapa lagi yg mencintaiku sedemikian rupa jika bukan dia?

Sampai dipintu ruang bersalin, dia memandangku dengan tatapan penuh kasih sayang saat aku didorong menuju ke bilik bersalin, sambil menahan sakit aku masih sempat tersenyum padanya. Keluar dari ruang bersalin, dia memandang aku dan anakku dengan wajah penuh dengan air mata sambil tersenyum bahagia. Aku memegang tanganya, dia membalas memandangku dengan bahagia, tersenyum dan menangis lalu terjatuh ke lantai. Aku berteriak histeris memanggil namanya.

Setelah sedar, dia tersenyum tetapi tidak bisa membuka matanya………aku pernah berpikir tidak akan lagi meneteskan sebutir air matapun untuknya, tetapi kenyataannya tidak demikian, aku tidak pernah merasakan sesakit saat ini. Kata dokter, kanser hatinya sudah sampai pada ruang mematikan, boleh bertahan sampai hari ini sudah merupakan sebuah mukjizat. Aku tanya bilakah kanser itu ada? 5 bulan yg lalu kata doktor, bersiap-siaplah menghadapi kemungkinan terburuk. Aku tidak lagi perduli dengan nasihat doktor, aku segera pulang ke rumah dan ke bilik nenek lalu menyalakan komputer.

Ternyata selama ini suara orang mengerang adalah benar apa adanya, aku masih berpikir dia sedang bersandiwara…………Sebuah surat yang sangat panjang ada di dalam komputer yang ditujukan kepada anak kami. “Anakku, demi dirimu aku terus bertahan, sampai aku bisa melihatmu. Itu adalah harapanku. Aku tahu dalam hidup ini, kita akan menghadapi semua bentuk kebahagiaan dan kekecewaan, sungguh bahagia jika aku boleh melaluinya bersamamu tetapi ayah tidak mempunyai kesempatan untuk itu. Didalam komputer ini, ayah mencuba memberikan kata dan nasihat terhadap segala kemungkinan hidup yang akan kamu hadapi. Kamu boleh mempertimbangkan kata ayah.

“Anakku, selesai menulis surat ini, ayah merasa telah menemanimu hidup selama bertahun -tahun. Ayah sungguh bahagia. Cintailah ibumu, dia sungguh menderita, dia adalah orang yang paling mencintaimu dan adalah orang yg paling ayah cintai”.

Mulai dari kejadian yang mungkin akan terjadi sejak TADIKA, SEKOLAH RENDAH, SMK, sampai kuliah, semua tertulis dengan lengkap didalamnya. Dia juga menulis sebuah surat untukku. “Kasihku, dapat menikahimu adalah hal yANg paling bahagia aku rasakan dalam hidup ini. Maafkan salahku, maafkan aku tidak pernah memberitahumu tentang penyakitku. Aku tidak mahu kesihatan bayi kita terganggu oleh kerananya. Kasihku, jika engkau menangis sewaktu membaca surat ini, berarti kau telah memaafkan aku. Terima kasih atas cintamu padaku selama ini.

Hadiah-hadiah ini aku tidak punya kesempatan untuk memberikannya pada anak kita. Pada bungkusan hadiah tertulis semua tahun pemberian padanya”.

Kembali ke hospital, suamiku masih terbaring lemah. Aku menggendong anak kami dan membaringkannya diatas dadanya sambil berkata : “Sayang, bukalah matamu sebentar saja, lihatlah anak kita. Aku mahu dia merasakan kasih sayang dan hangatnya pelukan ayahnya”. Dengan susah payah dia membuka matanya, tersenyum…………..anak itu tetap dalam dekapannya, dengan tanganya yg mengigil memegangi tangan ayahnya yang kurus dan lemah. Tidak tahu aku sudah berapa kali detik-detik itu dengan kamera di tangan sambil berurai air mata………………..

Teman-teman terkasih, aku sharing cerita ini kepada kalian, agar kita semua bisa menyemak pesan dari cerita ini. Mungkin saat ini air mata kamu sedang jatuh mengalir atau mata masih sembab sehabis menangis, ingatlah pesan dari cerita ini : “Jika ada sesuatu yg mengganjal di hati diantara kamu yang saling mengasihi, sebaiknya utarakanlah jangan simpan didalam hati. Siapa tau apa yg akan terjadi besok? Ada sebuah pertanyaan : Jika kita tahu besok adalah hari kiamat, apakah kita akan menyesali semua hal yang telah kita perbuat? atau apa yg telah kita ucapkan? Sebelum segalanya menjadi terlambat, pikirlah matang2 semua yang akan kita lakukan sebelum kita menyesalinya seumur hidup.


Silalahkan share