Beginilah
kisah seorang ANAK
Mencari Sesuap
nasi untuk perut sendiri,
Aku seorang
perkerja kontrak di sebuah pejabat kerajaan di sebuah Daerah dalam Malaysia
telah berhijrah ke satu Daerah yang jauh dari pedalaman negeri-ku untuk
berdikari dengan mencari rezeki untuk diri sendiri, berhijrahnya aku bukan
kerana tiada perkerjaan tetapi aku ingin cuba nasib untuk mengenali dunia
dengan membawa diri jauh di perantauan oleh kerana ingin merasa kehidupan luar
sana yang penuh dengan cabaran hidup.
Bermulanya
kisah aku seorang diri di salah sebuah Daerah dalam Negeri Selangor hanya
dengan membawa beberapa keping sijil kelulusan untuk mencari perkerjaan demi
perutku sendiri. Hari pertama aku berada di sini ‘Bangi’ (Bukan Daerah sebenar),
telah sampai di satu tempat dimana aku hanya membawa sijil dan dengan pakaian
yang aku pakai sahaja. Dengan itu aku masih mempunyai telefon bimbit yangtidak
sangat mahalnya serta kredit yang cukup untuk aku hubungi beberapa orang sahaja…
Dengan itu
aku hanya mempunyai beberaa kenalan sahaja yang aku kenal rapat untuk aku
menumpang teduh sebelum aku mendapat rumah serta kerja baru. Aku cuba menalefon
kawan pertama tetapi setelah bercakap dia tidak dapat menolongku kerana dia
tinggal bersama keluarganya, dengan itu aku mencuba untuk kawan kedua, setelah
selesai jawapan aku cari itu sekan sama Cuma dia tinggal bersama kenalan yang
agak ramai aku fikirkan akan menyusahkanya walaupon dia tidak kisah. Tetapi kawan
kedua ini cuba menolongku untuk datang menjemputku.. sambil itu aku mencuba
nasib untuk kawan seterusnya yang ketiga yang ini aku pernah menolongnya
sewaktu berada di pusat pengajian dulu.
Alhamdulillah
kawan ku yang ketiga ini dapat menolongku untuk menumpang di rumahnya oleh
sebab dia tinggal seorang diri walaupun dalam kawasan rumah datuknya di Semenyih,
Dengan itu aku membuat keputusan untuk tinggal bersama kawan yang ketiga ini.
Alhamdulillah rezeki Allah telah tetapkan untuk hambanya. Aku telah di pelawa
oleh kawanku ini untuk menolongnya berkerja sebagai seorang Staf di Telekom
Malaysia™ sebagai pemasangan Unifi di sekitar Daerah Kajang. Dia membayarku
sebanyak RM40 1 buah rumah. 1 hari kami dapat selesaikan 2 buah rumah sekiranya
cuaci dalam keadaan baik. Tetapi perkerjaan ini tidak dapat aku teruskan kerana
kawanku itu tidak dapat membawaku selalu semasa berkerja disebabkan dia sudah
ada partner tetap untuk berkerja. Rezekiku hanya 1 bulan sahaja aku dapat teruskan.
Sambil-sambil
itu aku cuba mencari perkerjaan lain kerana aku tidak mahu menyusahkan-nya,
lagi pun aku memerlukan wang untuk membayar pinjaman bank semasa aku berkerja
di Daerahku dulu. Hari demi hariaku keluar pagi malam baru aku balik demi
mencari perkerjaan di sekitar kawasan berdekatan, sehingga satu minggu aku
mencari tetapi gagal kerana semua jawatan di daerah itu sudah penuh.. aku cuba
meninggalkan dokumen2 untuk mereka supaya jika
ada kekosongan mereka dapat menolongku nanti. Hari ini sudah 2 minggu
aku mencari, segala makan minum tempat tinggal semuanya kawanku yang tanggung
sampai satu tempat sedikit jauh dari kawasanku, aku berjumpa dengan seorang
kenalan yang agak berumur dalam 40 an ke atas, aku bersembang dengan-nya sampai
satu bab aku terpaksa bercerita tentang masalahku ini, dia hanya mendengar
sahaja tiada reaksi yang dia akan menolongku, selepas selesai jalan cerita aku
luahkan, dia pon mula bersuara. Esok, datang ke opis saya pada pukul 10.00 pagi
jangan lewat jangan terlalu awal. Aku terkedu dengan memikirkan adakan ini
peluang untuk aku dapat kerja?? Bermacam2 aku fikirkan di benak fikiranku… aku
hanya berdoa kepada yang maha esa, adakah ini petunjuk-mu? Aku pulang dengan
bermacam2 persoalan…
Keesokan harinya
di satu pekan kecil yang terletak di sebuah Daerah Selangor , dengan pakaian formal opis menunggu di koridor depan pejabat
abg yang aku jumpa semalam dengan bersungguh-sungguh semangat yang ada demi
menunjukan yang aku amat memerlukan perkerjaan, beberapa minit kemuan aku
disapa oleh seorang dari belakang, Alhamdulillah rupanya abang semalam sudah
sampai dan beliau mengajak aku untuk masuk ke pejabatnya, dalam pejabat aku
disuruh duduk berdepan dengannya sambil dia membuka segala suis yang ada serta
komputernya lalu dia bersuara. Apa yang kamu ada maksudnya apa pengalaman yang
aku ada sebelum ni? Lalu aku menjawabnya dengan jelas dengan apa yang telah aku
lalui selepas tamat sebagai seorang pelajar IPTA.
Dan dia
dengan selumber menberi tahu yang dia tidak pernah ambik perkerja di pejabatnya
sebuah pejabat yang dinamakan Eight Computer Training Centre kerana dia mampu
untuk lakukan semua benda yang ada di pejabatnya, sebelum ni dia hanya menerima
pelajar praktikal sahaja itupun beberapa
tahun dahulu. Datangnya aku di pejabatnya telah mengubah segala benda
dan aspek pejabatnya dari sebuah pejabat yang hanya mendengar bunyi air-cond
dan mesin printer sekarang telah bertukar satu suasana yang amat menceriakan. Dia
telah banyak mengajarku segala yang ada
di pejabatnya dengan kerja2 menaip sehingga kerja2 edit mengedit. Kami sentiasa
bersama kemana sahaja kerana aku saja perkerja yang dia ada, makan kami
bersama, pergi beli barang kami bersama hari demi hari sudah 1 bulan aku
berkerja dengan gaji yang aku terima hanya sebanyak RM600 sebulan.
Selepas itu
aku telah berjumpa dengan seorang kawan dari laman social, rupa-rupanya kawanku
itu berasal dari sama daerah dan negeri aku… sebelum ini aku hanya berhubung
melalui laman social sahaja, pada satu masa dia membuat keputusan untuk
berjumpa demi mengeratkan lagi silaturahim, pada satu malam setelah waktu kerja
aku telah berjumpanya di satu kawasan yang aku sendiri tidak tahu dan tempat
itu telah menjadi kampungku sekarang.(Bersambung)