SELAMAT:
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar 10 mangsa yang dilaporkan
hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga dekat
Semenyih di ibu negara semalam.
KUALA
LUMPUR: Sepuluh orang termasuk enam pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan
Saujana Impian, Kajang yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti
riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Semenyih, kelmarin, ditemui semula pagi
semalam.
Penolong
Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob ketika
dihubungi Bernama berkata kesemua mereka ditemui kira-kira jam 10.30 pagi dalam
keadaan tidak bermaya dan keletihan.
Bagaimanapun,
beliau berkata seorang pelajar sekolah terbabit dikenali sebagai Mohd Haris
Shahrizam, 17, mengalami kecederaan ringan di kaki kiri dan kini dirawat di
Hospital Kajang, Selangor.
“Sembilan
lagi dibawa ke pusat kawalan bomba di Paradise Valley Resort berhampiran gunung
itu sementara menunggu anggota keluarga datang untuk membawa mereka pulang,”
katanya.
Sementara
itu, ketika ditemui di pusat kawalan bomba itu, seorang mangsa, Mohd Zafran
Mohd Azmir, 16, berkata dia mula mendaki gunung itu pada jam 3.30 pagi Sabtu.
Mohd Zafran
berkata disebabkan keadaan sejuk ketika itu mereka berhasrat untuk sampai ke
puncak secepat mungkin tetapi dalam separuh perjalanan mereka gagal mengesan
tanda arah menuju ke puncak itu.
“Kami mula
panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik kerana dalam
kekalutan kami terjumpa empat orang abang (mangsa) yang lain yang turut
tersesat semasa pendakian,” katanya.
Selepas
bergabung dengan kumpulan itu, mereka membuat keputusan meneruskan perjalanan
untuk mencari tempat berteduh.
“Sukar
dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa gigihkan diri juga
sehinggalah kami terjumpa sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau
Dalam.
“Di situ
kami merehatkan diri sebelum ditemui pihak bomba jam 10.30 pagi tadi
(semalam),” katanya lagi. — Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.