Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.
Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi
kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk
5 hari.
Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat
tinggi.
Bertemu Dengan Ramai Jutawan
Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.
Mereka 'tersangat' kaya.
Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia
40-an.
Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan
sudah mencecah RM50k sebulan.
Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120
juta.
Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.
Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.
Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita
tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.
Nasihat Dari Para Jutawan
Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.
Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk
berjaya sampai ke tahap itu?
Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k
sebulan berkongsi dengan saya.
"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak
yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah
banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk
masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat
tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita
beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan
percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet
ok."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat
masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya
belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit
yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil,
RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang
yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."
Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.
Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka
Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit
Buntar.
Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid.
Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit
yang paling besar saya ada dalam wallet.
Tiba tiba, bila saya buka beg duit.
Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet
saya ni?
Aduh !!!!!
Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira
besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.
Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang
menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa
'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.
Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada
Allah.
"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak
tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan
tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu
untuk aku."
Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.
"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam
masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana
sumber bisnes yang saya buat.
Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya
serahkan kepada Allah.
Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?
Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya
dapat panggilan telefon daripada abang saya.
"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu?
Sekarang naik mencanak."
Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.
Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik
turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.
Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.
Allahuakbar.
Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.
Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham
tersebut.
Syukur Alhamdulillah.
Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada
saya daripada pintu yang tidak saya sangka.
Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya
jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3
minggu.
Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah
berikan.
Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat
Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar
yang saya ada.
Kali ini, saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan
kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu
pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau
berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."
Jangan takut untuk bersedekah.
Allah Allah.....
Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.
Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita
selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa
yang kita ada.
Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa
yang kita sedia ada.
Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan
kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi
inspirasi kepada anda untuk bersedekah.
Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.
Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita
kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more
we get back. Insya Allah."
Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom
bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.
Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih
baik kita usah hidup.
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak
memberi selepas ini.
Wassalam
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.