KEHIDUPAN SEHARIAN KITA
Dalam
kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi
kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya
semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari
kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar
dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya
kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2
sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud,
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah
termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca
Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling
tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan
masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke
mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan
muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan
masjid Allah.
Keempat:
Jaga solat
dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat
dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah
setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah
selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah
yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu
terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali
bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu
solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,
ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan
istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita
akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah
bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang
berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam
melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga
merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai
kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang
berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
semoga
ianya memberi manfaat pada kita semua.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.