Kebahagiaan EMAK...



Pagi ini pada 1.30 pagi | 20/05/2014

Aku macam biasa tidak dapat melelapkan mata kerana asyik terbayang apa kesudahan cerita ini yang aku jalankan setiap hari…

Bosan…

Yang sentiasa ada dalam kepala aku apa yang harus aku buat pada masa ini untuk masa depan… aku buntu, kerana aku tidak mempunyai apa-apa yang boleh membuat aku lebih maju ke depan, aku tidak dapat memikirkanya lagi hanya terfikir akan masa depan ku ini…

Sedih… :’(

Puas aku memikirkanya aku terbayang akan emak ku di kampung, baru sejuk hati ini dan hilang rasa kecelaruan di benak fikiranku ini. Tapi datang pula fikiran lain yang buat aku lebih memikirkannya, kebahagiaan emakku, macam mana aku mahu lakukan supaya emakku di kampung itu bahagia mempunyai anak seperti aku… aku hanya inginkan dia bahagia dan gembira kerana aku telah buat diri aku berubah dan buat diri dia rasa bersyukur kerana aku telah banyak memberinya kebahagiaan sepertimana orang lain telah pun kotakan..

Emak…

Mak… aku rindu padamu.. aku ingin peluk mu erat-erat… aku ingin kau gembira tatkala aku di depan mu… mak aku ingin sangat melihat engkau tersenyum dengan penuh kebahagiaan kerana kejayaan ku… aku ingin melihat kau tersenyum apabila aku di depan mu… aku ingin sangat peluk tubuh mu seperti aku kecil dulu, aku ingin peluk mu erat dan aku dapat bayangkan engkau mengalir air mata kebahagiaan seperti aku darjah enam semasa engkau mengikuti ku program kecemerlangan dan pada masa itu engkau menangis kerana mempunyai anak seperti aku tatkala penceramah memberi kata-kata nasihat supaya menjaga anak-anak dengan baik, mendidik serta kasih sayang seorang ibu itu sentiasa di rasai kepada anak-anak…

Air mata mengalir…

Air mata ku mengalir… Tatkala aku terbayangkan di saat aku pulang ke kampung dalam masa yang begitu singkat tanpa dapat berbual dengan lebih lama, itu pun pada masa kenduri kawin sepupu bertempat di Kampung Balik Bukit, Seberang Pintasan Dungun, Terengganu. Pada masa itu aku dapat mencium tangan mu dan tangan abang dan kakak aku semasa semua berada di kenduri tersebut, dan pada masa itu aku amat tergesa-gesa dengan kerja, aku singgah hanya sekejap sahaja kerana ingin meraikan hari bahagia sepupuku itu,

Terlupa,

Aku terus meninggalkan mak begitu saja kerana kawan sekerja telah pun menunggu aku di dalam kenderaan, lantas sampai di dalam kenderaan aku teringat yang aku belum bersalam dengan emak ku, lalu aku menyuruh kawan ku menunggu sekejap dan aku lantas tergesa berlari meninggalkannya sekejap untuk mendapatkan emakku, lalu aku memanggil mak dan memakku binggung kerana aku kembali semula walhal aku sudah meninggalkannya… lalu aku bersalam mencium tangannya sambil memohon maaf dan lantas aku memeluknya serta mencium kedua pipinya sambil aku berkata “lupa nak salam tadi” dan mak aku berkata dengan sahaja “itu je yang berlari macam di kejar apa la…”

Di waktu kenduri,

Dalam kenderaan aku berfikir alangkah bahagianya semua anak-anaknya berkumpul semasa di kenduri tersebut, dah la nak berkumpul pada masa kenduri di Selangor tidak dapat, malah kenduri di kampung pun tidak dapat juga….

Sedangkan aku sudah pun hadir pada kenduri kawinnya di Kampung Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Tetapi pada masa kenduri tersebut semua sanak saudara ku hadir tetapi hanya keluargaku sahaja yang tidak dapat hadir kerana kenaikan dan kewangan yang melupuhkan keadaan pada masa itu. Dengan itu hanya aku sahaja penganti keluarga aku kerana aku berkerja berdekatan di sekitar Daerah Hulu Langat, Sebagai Jawatan Sambilan di salah sebuah tempat di Daerah Hulu Langat ini.
Dalam kegembiraan ini bercampur sedikit kekecewaan dalam hati ini kerana memikirkan keluargaku di sana, alangkah indahnya beliau berada pada masa itu, malah ini semua tidak akan pernah terjadi dan tidak akan pernah terjadi kerana masa tidak akan dapat berulang lagi, ini semua kesilapan ku kerana tidak dapat memenuhi permintaan hati ini yang ingin mengajak emak semasa kenduri di sini.

Kecewa,

Diri ini hanya menagih simpati dari yang maha esa kerana gagal memikul tanggungjawab sebagai anak yang ingin membuatkan emaknya gembira dan bahagia pada masa itu, hati ini sedih tetapi dengan saudara-saudara ku ini dapat ku sembunyikan kesedihan ini dengan membuat bermacam-macam cara dan fizikal supaya dia tidak dapat menangkap kesedihan aku ini dengan gaya dan mimik muka aku yang sentiasa tersenyum dan buat-buat gembira sedangkan bermacam-macam yang terbayang dalam benak fikiran ini, tetapi aku tidak dapat menipu kerana akhirnya pada masa itu aku tidak dapat menahan kesedihan hati ini lantas aku menalefon emak ku di sana dan bercakap dengannya, alangkah bahagianya dapat mendengar suaranya tetapi dalam kegembiraan itu terselindung seribu makna percakapanya.

Terharu,

Aku dapat mendengar dalam pertanyaanya itu ada sedikit nada ingin bersama-sama meraikan hari bahagia anak saudaranya itu, nada itu membuatkan aku sayu… sedih kerana nada itu memujuk ku supaya gembiralah berada di sana sedangkan aku tidak lagi pekak telinga dan hati melalui nada itu aku dapat bayangkan yang dia sedih tidak dapat mengikuti kenduri ini, aku terkedu sekejap kerana setiap persoalanya itu membuatkan aku lebih terasa bersalah kerana aku tidak dapat mengajaknya untuk datang.

Bukan aku tidak mahu mengajaknya, hanya tuhan saja yang tahu betapa inginya aku mengajak emak datang ke sini pada masa ini, tetapi…. Tetapi aku tidak mampu untuk mengajaknya datang tambahan lagi pada masa terdekat ini juga aku perlu sediakan banyak duit untuk aku masuk mahkamah kerana kesalahan ku tidak mengikut peraturan jalan raya dan aku telah mendapat saman kerana gagal memperbaharui lessen motosikal dan insuran kerana itu aku telah mendapat dua kesalahan jalan raya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada masa itu telah mengadakan operasi di Tol Sungai Balak jalan Cheras-Kajang.

Dengan ini membuatkan aku jadi serba salah kerana tidak dapat membahagiakan emak ku ini, mak dalam diri ini hanya satu mak… sebelum kau menutup mata buat terakhir kali aku ingin mengajak engkau ke mekah untuk menunaikan ibadah haji, tetapi adakah aku mampu untuk menunaikanya? Hanya Tuhan saja yang tahun betapa ikhlasnya diri ini untuk bersujud kepada mu, aku tidak mahu pada suatu ketika nanti aku tidak dapat mencium bau syurgamu ya tuhan…kerana tidak dapat melunaskan niat ini ingin engkau menjemput emakku untuk ke rumah mu nanti, walupun engkau belum bersedia menjemputku tetapi aku doakan engkau je,putlah emakku untuk pergi ke rumah mu nanti dengan selamat dan aku inginkan engkau menjaga emak dan ayahku nanti apabila engkau telah pun menarik semula pinjaman engkau kepadaku ini.

Tuhan

Aku inginkan engkau kotakan niat aku ini pada suatu masa nanti supaya aku dapat bahagiakanya nanti, aku bukannya minta kepada kau perlancongan ke luar Negara dengan menghabiskan wang atau masa dengan keindahan buatan pinjaman mu ini, tetapi aku ingin engkau menjemput emak ku untuk sampai ke rumahmu nanti supaya dia dapat merasakan seperti mana orang lain dapat rasa semasa berada di sana… alangkah indahnya senyuman emak ku pada masa itu yang akan menjejak kaki ke tanah suci…

Akhir ini,

Aku hanya ingin membuatkan emak ku bahagia sahaja bukan kerana dunia semata tetapi dengan akhirat selamanya jua aku inginkan, dan aku harap yang aku jua begitu yang memohon kemaafan yang tak terkira tatkala aku yang fakir lagi miskin dengan ilmu mu dan rendah akal ku kerana mu supaya dapat menjejak jua kaki ini ke tanah suci mu itu kelak…

Sekian,


Senyum yang bermaksud beribu jawapan yang di beri hanya dengan satu soalan…

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.