Semalaman Di Sini



Malam Minggu | Sabtu, 24/05/2014

11.53 PM

Malam yang suram hanya di dengari bunyi air sungai yang mengalir deras yang mengantikan kesunyian di malam ini.

Aku,

Hanya termenung sambil mengambil udara yang segar tanpa ganguan bunyi-bunyi yang sebelum ni, yang menjadi kebiasaanku semasa berada di rumah dengan Komuter setiap detik masanya, kereta, motor dan kenderaan lain yang akan menemani semasa aku menulis etika ini untuk di postkan ke dalam entri blog aku…

Tetapi,

Pada malam ini aku terasa sangat teruja setelah sampai di destinasi yang telah lama kami bincangkan serta planning groups untuk ke destinasi yang telah kami pilih melalui laman social internet. Akhirnya sampai juga…

Tetapi,

Dalam kita punya perbincangan untuk ke destinasi, akhirnya gagal untuk semua yang mahu mengikuti kerana seorang daripada kumpulan perbincangan ini gagal untuk turut serta kerana masalah peribadi yang perlu di selesaikan… jadi kami teruskan juga planning yang telah kami bincang tanpa seorang kawan kami itu.

Percutian ini kami bincangkan di akhir minit kerana tidak mahu putuskan hasrat kawan kami yang lain. Akhirnya sampai juga kami di destinasi yang di pilih secara rawak dan berbaloi walaupun  tidak jauh mana dan hanya memakan masa 1 jam dari tempat kami. Tetapi ia sangat menarik dan damai hati melihatnya…

Tempat,

Di sini kami pada mulanya hendak mendirikan khemah tetapi oleh sebab keputusan yang kami putuskan secara rawak dan akhir minit bertolak, kami terpaksa batalkan untuk berkhemah dan kami hanya menyewa chalet di sekitar itu dengan kedudukan yang amat unik dan menarik, Chelet yang kami sewa ini terletak betul-betul di tepi sungai dan berandanya betul-betul di bina di tepi aliran sungai ini. Amat istimewa dan puas hati.

Tempat sewa,

Disini kami memilih Chelet yang diberi nama gelaran Pak Yob (PYCC) yang hanya ada beberapa buah Chelet yang cantik dan menarik di bina di tepi sungai ini. PYCC itu aku sendiri tidak tahu kerana aku hanya sempat baca Pak Yob Corner sahaja yang C satu lagi tu aku tidak ingat…
Setelah aku menulis entri ini akhirnya aku dapat ilham untuk menulis pantun yang timbul di dalam benak fikiranku ini dengan ketenangan dan di temani bunyi sungai mengali,

PANTUN

Damai Di Hati,

Terpancar suram cahaya menyilau
Di temani pula bunyinya sungai
Indah alam ciptaan tuhan
Syukur di beri tanda keikhlasan,

Perginya bunyi-bunyian kota
Di gantikan pula aliran sungai
Perginya kota-kota yang noda
Sejenak diganti alam yang damai

Dulunya burung sekarangnya sungai
Gelapnya malam cahaya yang samar
Ingin hati mahunya damai
Tiba waktunya untuk bersama

Setelah penat kami bersuka
Tibanya masa untuk berehat
Alhamdulillah beryukurnya kita
Sampai jua ke sg congkak.

Itu lah pantun yang telah aku ciptakan, dengan pantun itu sudah terjawab dimana aku dan kawan-kawan telah bercamping di dalam rumah kecil yang unik dan cantik ini. Dengan itu sudah sampai waktu aku untuk beransur tidur kerana kawan-kawan sudah pun terlena dibuai mimpi masing-masing dan ini giliran aku pula untuk mengikut mereka kerana mata mulai bermanja dan mengajak aku untuk turut serta di dalam ruang rehat.

Aku menulis entri ini di bahagian luar beranda yang berada betul-betul atas tepian sungai ini. Terasa sayang untuk masuk ke dalam kerana aku belum puas ingin menikmati kedamai alam di waktu malam seperti yang aku impikan semasa dalam perbincangan untuk ke tempat seperti ini.

12.53 AM,

Akhir sekali terima kasih kepada kawan-kawan yang turut serta dan tak lupa kepada ciptaan tuhan, nyamuk, semut, yang menemani aku walaupun ia tidak usik aku di sini tetapi air aku sudah pun di penuhi kawan-kawan semut, aku halalkan walaupun kita berkongsi dan kepada nyamuk aku halalkan sekiranya aku tidak dengar engkau meminta kepadaku darah yang telah engkau hisap itu. :-p


Allah ciptakan baik untuk semua, adakah kita sudah bersyukur denganya?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.