Pada suatu
hari, sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu
rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri
merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu.
Tetapi
sebelumnya sebagai seorang wanita yang patuh kepada suaminya, dia meminta izin
terlebih dahulu kepada suaminya, "Suamiku, bolehkah aku memberi makanan
kepada pengemis itu ?".
Rupanya suaminya
memiliki karakter berbeza dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar
menjawab, "Tidak usah! usir saja dia, dan tutup semula pintunya!" Si
isteri terpaksa tidak memberikan apa-apa kepada pengemis tadi sehingga dia
berlalu dengan kecewa.
Pada suatu
hari yang malang, perniagaan lelaki itu jatuh bangkrup. Kekayaannya habis dan
ia menderita banyak hutang. Selain itu, kerana ke tidak sepadanan sifat dengan
isterinya, rumah tangganya menjadi berontakan sehingga terjadilah perceraian.
Tidak lama
sesudahnya bekas isteri yang muflis itu berkahwin lagi dengan seorang peniaga
dikota dan hidup berbahagia. Pada suatu ketika wanita itu sedang makan dengan
suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang.
Setelah pintunya dibuka ternyata tetamu yang tak diundang itu adalah seorang pengemis yang
sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya,
"Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis
ini?". Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".
Setelah
memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk kedalam rumah sambil
menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa
engkau menangis? apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging
ayam kepada pengemis itu?".
Wanita itu
menggeleng kepala, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku
sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa
pengemis yang ada diluar itu ?............ Dia adalah suamiku yang pertama
dulu."
Mendengar
keterangan isterinya demikian, suaminya sedikit terkejut, tapi segera ia balik
bertanya, "Dan, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu
ini?.................. Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".
Roda hidup
selalu berputar. Anda tidak akan pernah tahu posisi Anda.. adakala diatas,
adakala di bawah.
Renungan :
"Jangan
Bersikap Sombong ketika berada diATAS, perluaskan perbuatan baik dimana - mana
maka anda akan menerima balasannya"
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.