Air Mata Ibu Mengatasi Segalanya

Jika mata anda tidak mengalirkan sebarang cecair sesudah menontonnya,maka anda adalah seorang "Metal sejati"...




Kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?. Cukupkah dengan sekadar kita mengirim duit sebagai penganti diri bagi membayar setitis air mata ibu akibat rindu kepulangan si anak?. Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.....




tuching aku apabila mendengar serta memahami situasa ini sekiranya berlaku ke atas diri aku sendiri yang jauh di perantauan ini, Mak aku rindu padamu... rindu segalanya sejak dari kecil ingatanku ini sehingga aku menjejak kaki sehingga di sini. bukan aku menjauhi darimu tapi aku cuba belajar bagaimana kehidupan ini apabila berjauhan dari mu... betapa kerinduan ini memburuku untuk pulang menziarahi mu mak... aku sentiasa merindui dan menyayangi mu setiap waktu..adakalanya masa yang membuat kita terpisah sejenak dek kerana asyik mengejar dunia.. Mak ampuni dosa anak mu ini andai kata anak mu ini telah membuat dirimu resah kerana memikirkan ku di sini...



i love u Mak

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.