KEBAKARAN DI SMK TAMAN TASEK, 

AMPANG, SELANGOR

PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH HULU LANGAT BERSAMA KETUA UMNO DAN JKKP BAHAGIAN AMPANG, SELANGOR






              KEBAKARAN di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik 68000 Ampang, Selangor pada 1hb March 2014 pada pukul 5.00 petang. Kejadian dikatakan berlaku disebabkan litar pintas. Dengan  itu Polis dan Bomba cuba menyelamatkan kebakaran tersebut, manakala hanya sebuah rumah sahaja yang tidak dapat di selamatkan 100% terbakar dan sebuah rumah lagi hanya separuh sahaja yang dapat di selamatkan.Setakat ini tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian tersebut, dikatakan 12 orang penghuni yang tinggal, 7 orang yang dikatakan rumah 100% tidak dapat di selamatkan, manakala 5 orang lagi jiran sebelah yang hanya dapat selamatkan separuh dari isi rumah. Pada pukul 11.00 malam Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat Bersama Ketua dan Pembantu UMNO datang menghulurkan bantuan asas bagi mangsa kebakaran. Bersama ini gambar-gambar yang dilampirkan untuk rujukan.






Ini gambar yang pihak Bomba dapat selamatkan dari kebakaran setelah berkejar-kejar memadam api bagi tidak melarat sihingga ke rumah seterusnya.


Mangsa kebakaran terpaksa berteduh di surau SMK Taman Tasek, Ampang.



Dengan itu Pihak Umno Bahagian Ampang Mendapat tahu kejadian dalam pukul 7.00 Petang dan Pihak Umno memaklumkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat Sekitar jam berikutnya. Dengan itu Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa bagi meringankan beban.



Ketua Umno dan Kakitangan Umno, JKKP Ampang bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat menanti kedatangan barang-barang yang hendak diberi kepada mangsa kebakaran tersebut.




Ketua Umno Bahagian ampang , JKKP dan Pegawai Kebajikan Masyarakat


Bersama-sama meringankan beban kerja




Staff PKMD Hulu Langat



Ketua Umno Bhg. Ampang Memberi sumbangan Kepada Mangsa


Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat Memberi sumbangan bagi kelengkapan asas kepada Mangsa.


InsyaAllah dengan ini kami doakan semoga mangsa kebakaran ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan tabah menghadapi kehidupan akan datang dan apa yang terjadi harap dapat bersabar dengan Qada & Qadar... dengan ketentuannya kita amat kecil di sisinya...


  Terima kasih kepada Pihak Umno Bhg,  Ampang dan Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat kerana memberi kerjasama menghulurkan bantuan dan tidak lupa turut bersama membantu Pegawai Penyelamat Bomba Daerah Ampang serta Pegawai Polis Daerah Ampang yang berkerja keras membantu... Sekian...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.