10 orang dikhuatiri hilang di Bukit Broga

11:54PM,5April2014



KUALA LUMPUR - Seramai 10 orang dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, kesemua mereka dilaporkan hilang kira-kira  11.54 pagi.

"Selepas mendapat panggilan, pihak bomba bergegas ke lokasi dan tiba kira-kira setengah jam kemudian.

"Sehingga kini, kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Kami di sini.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat turut dibantu kira-kira 30 anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam.




[MOHON DOA DARI SEMUA MOGA DI PERMUDAHKAN PENCARIAN MURID2 SEK SAUJANA KAJANG YG HILANG SEMASA MENDAKI BUKIT BROGA PD PETANG SEMALAM.....YB DATUK HJ JOHAN BERGEGAS KE LOKASI BERSAMA ANGGOTA BOMBA.....060414]

Sumber: Dipos oleh KM Malik. & Di Share kepada: Azihana Abdul Aziz Peg. Kebajikan Masyarakat.



SEMOGA MISI SAR DIPERMUDAHKAN

۞ إِن شَاء اللَّهُ ۞

 Dipos oleh Mahmud Zuhdi Maon.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.