Mustahil Tidak PernahTerjadi.
Rugi Kalau Tak Tengok.
1. Buka
kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
2. Naik
kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
3. Naik
basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4.Masa
sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain
beratur ambil lagi.
5. Lukis
burung guna huruf 'm'.
6. Lukis
matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7.Masa kecil
fikir bentuk hati macam ni ♡
8. Tutup
peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila
lampu dia mati.
9. Main
belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.
10. Fikir
dunia kartun memang wujud.
11. Makan
chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12. Gigit
kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13. Koyak
tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14. Susun
kusyen dan buat seni binaan.
15. Fikir
sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan
terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17. Lepas
abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18. Beli
sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas
tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19.Hembus
nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20. Anggap
zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21. Tuang
air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22. Tak bagi
kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23. Bila
blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24. Sebelum
minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang
cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.
25. Susun
snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26. Tengok
tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau
berbentuk M nanti jadi
orang
miskin.
27. Ingat
kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
28.anda
mesti tgh senyum.sorang.bila anda baca memory kat atas ni...
#Saya tahu
anda mesti pernah buat.. hihihi.. kenangan…
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.