1. Jangan pukul anak dari lutut ke
atas.
2. Jangan gunakan tangan/anggota
tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak
pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh
control.
3. Rotan/pukul anak di telapak
kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke
bahagian otak.
Sabda Rasulullah SAW
“Berguraulah dengan anak kamu kala
usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik
atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah
pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4. Mulakanlah hidup anak anda dengan
nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak
anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik
adalah digalakkan).
5. Berikan anak anda pelukan setiap
hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan
IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
6. Pandanglah anak anda dengan
pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
7. Berikan peneguhan setiap kali anak
anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8. Janganlah mengharapkan anak anda
yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9. Apabila anda berhadapan dengan
masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan
anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10. Di dalam membesarkan dan mendidik
anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak
merasakan diri mereka beban.
11. Dengarlah cerita anak anda,
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk
bercakap)
12. Tenangkan anak anda setiap kali
mereka memerlukannya.
13. Tunjukkan kepada anak anda
bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14. Buatkan sedikit persediaan untuk
anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun
harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2
yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang
lain).
15. Kemungkinan anak kita menerima
pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita
mengajar mereka lebih daripada sekali.
16. Luangkanlah masa bersama anak
anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan
mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
anda suami isteri.
17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak
anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18. Hargailah permainan kesayangan
anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang
kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun
sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19. Janganlah membiarkan anak-anak
anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20. Terimalah yang kadangkala anda
bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21. Jangan selalu membawa bebanan
kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya
lebih penting daripada keluarga.
22. Anak menangis untuk melegakan
keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun
dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis
apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan
anak mereka sendiri…
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.