Seorang
ketua supervisor yg telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dlm sebuah syarikat
'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonanya kpd
majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraannya
tetapi dgn syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi
projek rumah. Ketua supervisor dgn berat hati bersetuju.
Kerana tidak
sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi
tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap
rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu
sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati KS tersebut
kerana tidak membina rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.
Saudaraku
seakidah... Sebenarnya, ini lah yg akan terjadi pada setiap dari kita...
Sebenarnya kita sekarang sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita di akhirat... Kita
beribadah untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana
Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya
kita yg sangat2 memerlukan Allah.
Ingatlah,
sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL
kita sendiri.. Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan
seadanya.. Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan
sesuai usahanya.
Allah ta'ala
berfirman:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا
فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا
وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
"Barangsiapa
beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk,
akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat Yang Menzalimi para
hamba-Nya". [Fush-shilat: 46]
Untuk sama2
kita renungkan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.