Touching bila baca story ni.
Hanya untuk
tatapan & peringatan kita bersama...
Please love
our mom and dad!
Jam 6.30
petang.
Mak berdiri
di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari
sekolah agama.
Ayah baru
balik dari sawah.
Ayah tanya
Mak, “Along mana?’
Mak jawab,
“Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya
Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab,
“Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya
Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab,
“Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya
lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab,
“Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik
juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab
soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab
penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan
anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh
tahun kemudian
Jam 6.30
petang
Ayah balik
ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya
Along, “Mana Mak?”
Along sedang
membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya
Angah, “Mana Mak?”
Angah
menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya
Ateh, “Mana Mak?”
Ayah
menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya
Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh
menjawab, “Entah.”
Ateh terus
membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya
Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak
jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak
mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah
tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada
siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan
hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari
di mana Mak.
Tidak ada
anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba
adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak
balik!!”
Tersentap
hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu
anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan
tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan
tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola
di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu
di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang
anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin
anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .
Ayah berdiri
di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja
sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak
selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh
kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung
tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua
bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk
anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di
halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan
daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh
perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak
senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham.
Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa
anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis
tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah
kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak
tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna
merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah
kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab.
Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah.
Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan
bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak
Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan
Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup
membuat Mak Uda faham.
Semasa
menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak
Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya
itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh
koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi
hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh
Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak
tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.
Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah
bukan pada Mak lagi.
Mak hanya
tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu
Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan
berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah
temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan
anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah
yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu
Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung
seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api
dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya
Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah
suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta
Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan.
Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah
seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang
datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput
Mak.
Mak tahu
anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak
usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.
Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah
anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang.
Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita
kat bahu mereka.”
Mak faham
buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang,
Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil
tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan
terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci
masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa
tahun kemudian
Mak Uda
tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang
jawab, “Mak dah tak ada.”
Along,
Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak
sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan
tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya
batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu
nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya
apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi
semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone
berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham,
mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati
anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan
kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak
sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat
mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih
sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana
Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana
Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak
saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah
silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana
anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa
di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih.
Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu
bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana
mak?" "
Kereta merah
Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik
mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta
merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,
"Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita
jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah,
ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun
dari kereta Ateh..
Terketar-ketar
ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak
mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan
"Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir
usia.
Sebuah
cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata
orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung
rasa...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.