Ini gambar AL_AQSA [yg sebenarnya bukan bohong atau hasil rekaan] di Jerusalem,
Subhanallah
...... gambar ini dapat di ambil kerana tidak diketahui oleh pihak Israel
laknatullah yang menjaga tempatnya dengan sangat ketat. Bukti kebesaran Allah SWT
batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi'raj sampai kini masih tetap
terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad mahu Mi'raj batu tersebut ikut,
tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu
tersebut tak ikut. Kisah Isra Mi'raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung
tersebut yang berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan
Masjidil AQSA di Yerusalem.
Sampai
sekarang masjid dome of rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat masjid lain
Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" (yg sering
terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan disebut sebagai
Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid al Aqsa yang sebenarnya,
yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".
Saat ini
masjid Al Aqsa yang sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk
dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan
dengan tembok ratapan.
Subhanallahh
.... bagus untuk di baca .....
* Ali bin
Abi Talib r.a berkata:
"Sewaktu
Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan
tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Wahai
Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh
Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan
Allah atau malaikat muqarrab. 'Lalu Rasullullah SAW bersabda:
"Silakan
bertanya. 'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu
yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
Sabda
Rasullullah S.A.W. : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika
Nabi Adam AS memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima
taubat Nabi Adam AS , Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan
mengkabulkan permintaannya. "
Solat Isya
'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang
Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit,
terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.'
Rasullullah
SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang
pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin
yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api
neraka Jahanam pada hari Kiamat."
Sabda
Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi
Adam AS Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. "
Setelah itu
Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu
sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu
adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah
akan perkenankan.
'Sabda
Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang
berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah,
Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk
menyeberangi titian sirath. "
Sabda
Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang
mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT
dua kebebasan iaitu:
1.
Dibebaskan dari api neraka.
2.
Dibebaskan dari nifaq.
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata:
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (SAW). Kini katakan
pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas
umatmu? '
Sabda
Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang,
lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian
Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.Ş. berlapar selama 30 hari.
Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada
makhlukNya. "
Kata orang
Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini
terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '.
Sabda
Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
1. Akan
dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan
makanan yang haram).
2. Rahmat
Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi
oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan
dari merasa lapar dan haus.
5.
Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan
cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah
S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.
Kata orang
Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.
Sabda
Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya
gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '.
Kata orang
Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami
percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)'. "Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira
kepada orang2 yang sabar. "(Al-Baqarah: 155)
Disebutkan
di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari
kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun
UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK
BERCAKAP.
Bertanya
orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah
SAW," Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ".
Bila qiamat
datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di
badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah
debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul
Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin
itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.
Disebutkan
oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli
Jihad
3. Para Alim
Ulama
4. Para
Syuhada
5. Para
Penghafal Al Quran
6. Imam atau
Pemimpin yang Adil
7. Tukang
Azan
8. Wanita
yang mati kelahiran / beranak
9. Orang
mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang
yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan
orang yang beriman.
Di dalam
satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW :
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
Wahai
Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli
puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan
berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka
Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang
belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan
berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan
minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di
bumi.
Tolong
sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah
mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa
jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.