Semalaman Di Sini



Malam Minggu | Sabtu, 24/05/2014

11.53 PM

Malam yang suram hanya di dengari bunyi air sungai yang mengalir deras yang mengantikan kesunyian di malam ini.

Aku,

Hanya termenung sambil mengambil udara yang segar tanpa ganguan bunyi-bunyi yang sebelum ni, yang menjadi kebiasaanku semasa berada di rumah dengan Komuter setiap detik masanya, kereta, motor dan kenderaan lain yang akan menemani semasa aku menulis etika ini untuk di postkan ke dalam entri blog aku…

Tetapi,

Pada malam ini aku terasa sangat teruja setelah sampai di destinasi yang telah lama kami bincangkan serta planning groups untuk ke destinasi yang telah kami pilih melalui laman social internet. Akhirnya sampai juga…

Tetapi,

Dalam kita punya perbincangan untuk ke destinasi, akhirnya gagal untuk semua yang mahu mengikuti kerana seorang daripada kumpulan perbincangan ini gagal untuk turut serta kerana masalah peribadi yang perlu di selesaikan… jadi kami teruskan juga planning yang telah kami bincang tanpa seorang kawan kami itu.

Percutian ini kami bincangkan di akhir minit kerana tidak mahu putuskan hasrat kawan kami yang lain. Akhirnya sampai juga kami di destinasi yang di pilih secara rawak dan berbaloi walaupun  tidak jauh mana dan hanya memakan masa 1 jam dari tempat kami. Tetapi ia sangat menarik dan damai hati melihatnya…

Tempat,

Di sini kami pada mulanya hendak mendirikan khemah tetapi oleh sebab keputusan yang kami putuskan secara rawak dan akhir minit bertolak, kami terpaksa batalkan untuk berkhemah dan kami hanya menyewa chalet di sekitar itu dengan kedudukan yang amat unik dan menarik, Chelet yang kami sewa ini terletak betul-betul di tepi sungai dan berandanya betul-betul di bina di tepi aliran sungai ini. Amat istimewa dan puas hati.

Tempat sewa,

Disini kami memilih Chelet yang diberi nama gelaran Pak Yob (PYCC) yang hanya ada beberapa buah Chelet yang cantik dan menarik di bina di tepi sungai ini. PYCC itu aku sendiri tidak tahu kerana aku hanya sempat baca Pak Yob Corner sahaja yang C satu lagi tu aku tidak ingat…
Setelah aku menulis entri ini akhirnya aku dapat ilham untuk menulis pantun yang timbul di dalam benak fikiranku ini dengan ketenangan dan di temani bunyi sungai mengali,

PANTUN

Damai Di Hati,

Terpancar suram cahaya menyilau
Di temani pula bunyinya sungai
Indah alam ciptaan tuhan
Syukur di beri tanda keikhlasan,

Perginya bunyi-bunyian kota
Di gantikan pula aliran sungai
Perginya kota-kota yang noda
Sejenak diganti alam yang damai

Dulunya burung sekarangnya sungai
Gelapnya malam cahaya yang samar
Ingin hati mahunya damai
Tiba waktunya untuk bersama

Setelah penat kami bersuka
Tibanya masa untuk berehat
Alhamdulillah beryukurnya kita
Sampai jua ke sg congkak.

Itu lah pantun yang telah aku ciptakan, dengan pantun itu sudah terjawab dimana aku dan kawan-kawan telah bercamping di dalam rumah kecil yang unik dan cantik ini. Dengan itu sudah sampai waktu aku untuk beransur tidur kerana kawan-kawan sudah pun terlena dibuai mimpi masing-masing dan ini giliran aku pula untuk mengikut mereka kerana mata mulai bermanja dan mengajak aku untuk turut serta di dalam ruang rehat.

Aku menulis entri ini di bahagian luar beranda yang berada betul-betul atas tepian sungai ini. Terasa sayang untuk masuk ke dalam kerana aku belum puas ingin menikmati kedamai alam di waktu malam seperti yang aku impikan semasa dalam perbincangan untuk ke tempat seperti ini.

12.53 AM,

Akhir sekali terima kasih kepada kawan-kawan yang turut serta dan tak lupa kepada ciptaan tuhan, nyamuk, semut, yang menemani aku walaupun ia tidak usik aku di sini tetapi air aku sudah pun di penuhi kawan-kawan semut, aku halalkan walaupun kita berkongsi dan kepada nyamuk aku halalkan sekiranya aku tidak dengar engkau meminta kepadaku darah yang telah engkau hisap itu. :-p


Allah ciptakan baik untuk semua, adakah kita sudah bersyukur denganya?

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?



Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

 “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain

Kebahagiaan EMAK...



Pagi ini pada 1.30 pagi | 20/05/2014

Aku macam biasa tidak dapat melelapkan mata kerana asyik terbayang apa kesudahan cerita ini yang aku jalankan setiap hari…

Bosan…

Yang sentiasa ada dalam kepala aku apa yang harus aku buat pada masa ini untuk masa depan… aku buntu, kerana aku tidak mempunyai apa-apa yang boleh membuat aku lebih maju ke depan, aku tidak dapat memikirkanya lagi hanya terfikir akan masa depan ku ini…

Sedih… :’(

Puas aku memikirkanya aku terbayang akan emak ku di kampung, baru sejuk hati ini dan hilang rasa kecelaruan di benak fikiranku ini. Tapi datang pula fikiran lain yang buat aku lebih memikirkannya, kebahagiaan emakku, macam mana aku mahu lakukan supaya emakku di kampung itu bahagia mempunyai anak seperti aku… aku hanya inginkan dia bahagia dan gembira kerana aku telah buat diri aku berubah dan buat diri dia rasa bersyukur kerana aku telah banyak memberinya kebahagiaan sepertimana orang lain telah pun kotakan..

Emak…

Mak… aku rindu padamu.. aku ingin peluk mu erat-erat… aku ingin kau gembira tatkala aku di depan mu… mak aku ingin sangat melihat engkau tersenyum dengan penuh kebahagiaan kerana kejayaan ku… aku ingin melihat kau tersenyum apabila aku di depan mu… aku ingin sangat peluk tubuh mu seperti aku kecil dulu, aku ingin peluk mu erat dan aku dapat bayangkan engkau mengalir air mata kebahagiaan seperti aku darjah enam semasa engkau mengikuti ku program kecemerlangan dan pada masa itu engkau menangis kerana mempunyai anak seperti aku tatkala penceramah memberi kata-kata nasihat supaya menjaga anak-anak dengan baik, mendidik serta kasih sayang seorang ibu itu sentiasa di rasai kepada anak-anak…

Air mata mengalir…

Air mata ku mengalir… Tatkala aku terbayangkan di saat aku pulang ke kampung dalam masa yang begitu singkat tanpa dapat berbual dengan lebih lama, itu pun pada masa kenduri kawin sepupu bertempat di Kampung Balik Bukit, Seberang Pintasan Dungun, Terengganu. Pada masa itu aku dapat mencium tangan mu dan tangan abang dan kakak aku semasa semua berada di kenduri tersebut, dan pada masa itu aku amat tergesa-gesa dengan kerja, aku singgah hanya sekejap sahaja kerana ingin meraikan hari bahagia sepupuku itu,

Terlupa,

Aku terus meninggalkan mak begitu saja kerana kawan sekerja telah pun menunggu aku di dalam kenderaan, lantas sampai di dalam kenderaan aku teringat yang aku belum bersalam dengan emak ku, lalu aku menyuruh kawan ku menunggu sekejap dan aku lantas tergesa berlari meninggalkannya sekejap untuk mendapatkan emakku, lalu aku memanggil mak dan memakku binggung kerana aku kembali semula walhal aku sudah meninggalkannya… lalu aku bersalam mencium tangannya sambil memohon maaf dan lantas aku memeluknya serta mencium kedua pipinya sambil aku berkata “lupa nak salam tadi” dan mak aku berkata dengan sahaja “itu je yang berlari macam di kejar apa la…”

Di waktu kenduri,

Dalam kenderaan aku berfikir alangkah bahagianya semua anak-anaknya berkumpul semasa di kenduri tersebut, dah la nak berkumpul pada masa kenduri di Selangor tidak dapat, malah kenduri di kampung pun tidak dapat juga….

Sedangkan aku sudah pun hadir pada kenduri kawinnya di Kampung Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Tetapi pada masa kenduri tersebut semua sanak saudara ku hadir tetapi hanya keluargaku sahaja yang tidak dapat hadir kerana kenaikan dan kewangan yang melupuhkan keadaan pada masa itu. Dengan itu hanya aku sahaja penganti keluarga aku kerana aku berkerja berdekatan di sekitar Daerah Hulu Langat, Sebagai Jawatan Sambilan di salah sebuah tempat di Daerah Hulu Langat ini.
Dalam kegembiraan ini bercampur sedikit kekecewaan dalam hati ini kerana memikirkan keluargaku di sana, alangkah indahnya beliau berada pada masa itu, malah ini semua tidak akan pernah terjadi dan tidak akan pernah terjadi kerana masa tidak akan dapat berulang lagi, ini semua kesilapan ku kerana tidak dapat memenuhi permintaan hati ini yang ingin mengajak emak semasa kenduri di sini.

Kecewa,

Diri ini hanya menagih simpati dari yang maha esa kerana gagal memikul tanggungjawab sebagai anak yang ingin membuatkan emaknya gembira dan bahagia pada masa itu, hati ini sedih tetapi dengan saudara-saudara ku ini dapat ku sembunyikan kesedihan ini dengan membuat bermacam-macam cara dan fizikal supaya dia tidak dapat menangkap kesedihan aku ini dengan gaya dan mimik muka aku yang sentiasa tersenyum dan buat-buat gembira sedangkan bermacam-macam yang terbayang dalam benak fikiran ini, tetapi aku tidak dapat menipu kerana akhirnya pada masa itu aku tidak dapat menahan kesedihan hati ini lantas aku menalefon emak ku di sana dan bercakap dengannya, alangkah bahagianya dapat mendengar suaranya tetapi dalam kegembiraan itu terselindung seribu makna percakapanya.

Terharu,

Aku dapat mendengar dalam pertanyaanya itu ada sedikit nada ingin bersama-sama meraikan hari bahagia anak saudaranya itu, nada itu membuatkan aku sayu… sedih kerana nada itu memujuk ku supaya gembiralah berada di sana sedangkan aku tidak lagi pekak telinga dan hati melalui nada itu aku dapat bayangkan yang dia sedih tidak dapat mengikuti kenduri ini, aku terkedu sekejap kerana setiap persoalanya itu membuatkan aku lebih terasa bersalah kerana aku tidak dapat mengajaknya untuk datang.

Bukan aku tidak mahu mengajaknya, hanya tuhan saja yang tahu betapa inginya aku mengajak emak datang ke sini pada masa ini, tetapi…. Tetapi aku tidak mampu untuk mengajaknya datang tambahan lagi pada masa terdekat ini juga aku perlu sediakan banyak duit untuk aku masuk mahkamah kerana kesalahan ku tidak mengikut peraturan jalan raya dan aku telah mendapat saman kerana gagal memperbaharui lessen motosikal dan insuran kerana itu aku telah mendapat dua kesalahan jalan raya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada masa itu telah mengadakan operasi di Tol Sungai Balak jalan Cheras-Kajang.

Dengan ini membuatkan aku jadi serba salah kerana tidak dapat membahagiakan emak ku ini, mak dalam diri ini hanya satu mak… sebelum kau menutup mata buat terakhir kali aku ingin mengajak engkau ke mekah untuk menunaikan ibadah haji, tetapi adakah aku mampu untuk menunaikanya? Hanya Tuhan saja yang tahun betapa ikhlasnya diri ini untuk bersujud kepada mu, aku tidak mahu pada suatu ketika nanti aku tidak dapat mencium bau syurgamu ya tuhan…kerana tidak dapat melunaskan niat ini ingin engkau menjemput emakku untuk ke rumah mu nanti, walupun engkau belum bersedia menjemputku tetapi aku doakan engkau je,putlah emakku untuk pergi ke rumah mu nanti dengan selamat dan aku inginkan engkau menjaga emak dan ayahku nanti apabila engkau telah pun menarik semula pinjaman engkau kepadaku ini.

Tuhan

Aku inginkan engkau kotakan niat aku ini pada suatu masa nanti supaya aku dapat bahagiakanya nanti, aku bukannya minta kepada kau perlancongan ke luar Negara dengan menghabiskan wang atau masa dengan keindahan buatan pinjaman mu ini, tetapi aku ingin engkau menjemput emak ku untuk sampai ke rumahmu nanti supaya dia dapat merasakan seperti mana orang lain dapat rasa semasa berada di sana… alangkah indahnya senyuman emak ku pada masa itu yang akan menjejak kaki ke tanah suci…

Akhir ini,

Aku hanya ingin membuatkan emak ku bahagia sahaja bukan kerana dunia semata tetapi dengan akhirat selamanya jua aku inginkan, dan aku harap yang aku jua begitu yang memohon kemaafan yang tak terkira tatkala aku yang fakir lagi miskin dengan ilmu mu dan rendah akal ku kerana mu supaya dapat menjejak jua kaki ini ke tanah suci mu itu kelak…

Sekian,


Senyum yang bermaksud beribu jawapan yang di beri hanya dengan satu soalan…

Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Buta



Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”

Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.

Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.”

“Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a. Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.


“Sesuatu perkara itu haruslah menilai dari kebaikan bukan dengan cacian semata.”

Fikiran Terganggu



Hari ini [14/05/2014]

Masih tidak dapat melelapkan mata, jam menunjukan pukul 2.47 am, entah kenapa masih segar mataku untuk terus berjaga sedangkan esok aku berkerja. Ya Allah apa lagi yang engkau letakan dalam benak fikiran ku sehingga sukar aku untuk melelapkan mata ini..

Aku cuba pejamkan mata ini untuk terus lena tetapi bermacam-macam yang timbul dalam imaginasiku ini sehingga aku dibuai berbagai gambaran yang tidak sepatutnya aku bayangkan, bukan imaginasi yang tidak baik tetapi bayangan gambar seperti mainan  video sentiasa terbayang setiap kali aku pejam.

Bayangan yang sentiasa berulang-ulang dengan bermacam-macam legaran image yang sentiasa timbul membuatkan aku fikir apa yang harus aku lakukan, mungkin kerana aku sudah meningkat usia yang separuh abad usia orang muda yang mungkin semua orang laluinya… aku Cuma bayangkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang sekiranya umurku sudah menigkat pada abad usia matang warga emas…

Dan dalam masa yang aku lalui itu apa yang telah aku buat serta habiskan masa muda aku itu dengan membuat perkara apa??? Mungkin itu yang membuatkan aku sentiasa mengimaginasi perkara atau masa akan datang [masa depan] yang akan aku lalui sekiranya umurku sampai ke tahap itu. Ini membuatkan aku jadi kurang masa tidur pada waktu malam, dan akan aku ceritakan setiap detik yang akan berlaku… sedangkan aku perlu masa tidur yang cukup untuk aku berkerja keesokan harinya…

Balik kepada perkara yang membuatkan aku tidak dapat tidur ini adalah aku fikirkan masa depan aku dan apa yang aku buat pada masa itu untuk mengubah kehidupan ku ini kepada yang lebih baik. Aku hanya bayangkan apa yang aku dapat lakukan  seperti pengalaman dan bakat aku yang aku minat seperti fotographer tidak tahu la betul ke tidak aku eja tu.. dan aku suka edit mengedit gambar-gambar aku sendiri serta suka mencipta benda yang baru atau belajar menggunakan sesuatu benda yang belum aku terokai…

Dan aku fikirkan dengan cara itu lah aku boleh buat duit. Tetapi di sebalik itu aku fikirkan juga yang aku ni tidak ada pengalaman dalam bidang tu semua, walaupun aku ada computer dan camera yang boleh menolongku nanti tetapi aku perlukan pengalaman dan belajar bagaimana menggunakan atau melakukan sesuatu cara yang baik dan yang lebih baik untuk melihat serta tampak cantik atau menarik…

Itu juga peranan aku perlukan untuk menarik minat orang yang melihatnya supaya dengan pengalaman serta pelajaran yang aku belajar dapat membuatkan aku berkerja sendiri dengan lebih cepat, tepat dan pantas supaya orang tidak menunggu lama untuk melihat hasilnya.. aku harap suatu hari, apa yang aku habiskan masa tidur aku ini demi memikirkan benda ini akan tercapai supaya tidak sia-sia aku habiskan masa tidur aku ini kerana memikirkan benda ini semua.

Alhamdulillah…

Aku mulai rasa mengantuk,
Dan aku perlu cepat untuk lelapkan mata kerana esok aku berkerja.

Pemuda yang inginkan sesuatu yang baru dan dapat mengubah kehidupannya

AKU




AKU

Hari ini hari IBU [11/05/2014]

Selamat Hari Ibu kepada mak yang berada di kampung dan ibu-ibu seluruh muka bumi ini yang sentiasa memberi semangat untuk anak-anak dan menjadi semangat kepada semua sebagaimana anakmu Berjaya di masa sekarang…dan kepada anak-anak di luar sana, ingatlah jasa dan pengorbanan ibu mu dari kecil sehinggalah dewasa dan Berjaya kerana berjayanya kamu pada masa ini adalah doa ibu mu yang sentiasa mengiringi kamu walaupun jauh tetapi dengan doalah kamu masih berada di sini sehingga waktu ini…

Assalamualaikum…
Alhamdulillah bersyukur ke atas ilahi dengan limpah kurnia-nya kita masih bernyawa di muka bumi ini dengan nyaman tanpa rasa ada yang memudaratkan diri kita…
Menulisnya aku di sini untuk berkongsi rasa hati ini kemungkinan diri tuan/puan turut juga merasai bagaimana aku merasakanya…

Aku, 25 tahun sudah berlalu tanpa ada apa-apa yang  aku dapat nikmati sepertimana orang lain menikmati sekarang dengan membahagiakan ibu mereka serta kedudukan mereka pada masa ini. Sedih bercampur dengan kesusahan hati ini, kerana sepanjang orang lain mulai merangkap kepada alam dewasa dengan segala benda dan usaha yang beliau kejar sudah pun terbukti manakala aku masih disini dengan angan-angan yang tidak akan mungkin benar-benar akan berlaku.

Pada masa ini aku hanya berfikir seperti mana orang lain fikir tetapi fikiran ku ini hanya mainan semata-mata kerana orang lain sudah pun merasai angan-angan itu manakala aku masih lagi bermain dengan angan-angan yang mungkin akan menjeratkan ku sendiri…
Aku mesti kuat kerana diri ini masih mahukan seperti mana orang lain sudah pun ada.
Tetapi bagaimana?

Sedih :’(

Dalam hati ini aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada yang maha Esa. Aku inginkan kehidupan ku sama macam semua orang:-

Hidup dengan sedikit kemewahan,
Hidup dengan ada kereta,
Hidup lagi dengan ada rumah sendiri bukan hanya menyewa,
Hidup dangan segala benda ada,
Hidup dengan ada sedikit harta untuk masa akan datang,
Nak kata untuk masa tua aku sendiri tidak tahu sehingga bila aku masih di sini… :’(
Hidupku inginkan restu mu tuhan,
Hidup sentiasa diberkati mu tuhan,
Hidup dengan kurniaan rezeki mu tuhan,
Hidup ku dan dan mati ku adalah ketentuan mu tuhan,

Dengan kehidupan ku sekarang aku hanya mahukan kehidupan ku dapat membahagiakan diriku, emak ku dan keluargaku.. aku bukan mahukan kemewahan yang akan melalaikan mu tuhan tetapi aku ingin perbaiki kelemahan diri ini dari yang sekarang sehinggalah yang lebih baik… aku bukan melawan ketentuan mu tetapi aku ingan kan macam mana orang lain bahagia bersama keluarga mereka… sepertimana yang engkau tetapkan sama macam mereka dengan sedikit rasa bersyukur kepadamu… aku ingin sangat merasa kebahagiaan yang engkau berikan kepada mereka…

Aku sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba pada masa ini hati ku sangat sedih memikirkan kehidupan ku sekarang dan pada masa hadapan kerana apa yang akan berlaku selepas ini kepada aku… setiap ujianmu yang engkau berikan sudah aku merasai tetapi Alhamdulillah semua engkau berikan kepadaku jawapan yang tepat… ada kala aku rasa tiada akal untuk selesaikanya.. Alhamdulillah terima kasih tuhan kerana kamu telah memberi yang terbaik jawapan kepadaku walaupun aku sentiasa takut untuk menyelesai ujianmu itu… dan pada masa ini aku mungkin cemburu melihat orang lain merasai kebahagiaan yang engkau berikan, mungkin engkau ingin melihatku adakah aku bersabar melalui ujianmu ini…

Ya tuhan ku, aku disini hanya mampu berserah kepada engkau kerana memilih insan-insan yang baik bagimu untuk mengajar ku erti kesabaran, ketabahan, dan bersyukur kepada-mu. Masa ini aku hanya meluahkan apa yang aku rasakan inginkan detik-detik kebahagiaan dan kejayaan pada masa akan datang. Seperti mana orang lain telah pun melewati masa-masa itu.
Aku hanya inginkan perkerjaan yang tetap, yang mampu memberi kebahagiaan kepada emak ku di sana, membuat dirinya bersyukur denganmu kerana memberikan aku kejayaan sehingga dia dapat menumpang kebahagiaan itu dari ku dari pemberianmu itu…

Menulisnya aku di sini hanya ingin meluahkan apa yang aku rasai pada masa ini, tatkala rasa ini sudah memberi aku rasa percaya yang kamu telah mendengar luahan rasa hati ini yang inginkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.. dan aku harapkan kamu sentiasa peringatkan aku kepadamu jangan sesekali melalaikan aku dengan dunia semata-mata… engkau menilai segala yang berlaku dan aku yang tidak akan pernah jemu dengan persoalan mu dan ujian mu kepadaku untuk memberikan aku kebahagiaan pada masa akan datang..dari dunia sehinggalah akhirat kelak…



Anak muda yang sentiasa inginkan kebahagiaan yang dinanti-nanti…